Thursday, June 16, 2011

Lalainya manusia,terlalu ambil mudah sahaja



Assalamulaikum w.b.t
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Benar, sukan adalah satu ibadah, namun bagaimana pula apabila bersukan kita lupa akan tugas kita sebagai hamba ALLAH di atas dunia ni? Kita sering melalaikan perintahNYA, yang wajib kita tinggalkan. Mengapa?


Sungguh sedih sekali.
Apa yang mereka fikir? Yang mana lebih penting?


Sudah la aurat dibuka dan ditayang-tayang. Pakai buang, pakai buang dah macam pampers pakai buang. Yang saya maksudkan disini adalah pemakaian. Oh, aku bukan perempuan yang semurah itu untuk ditayang-tayang!


SITUASI DI PADANG


"Ehh kau pakai tudung labuh-labuh ni tak panas ke? Pakai biasa-biasa sudah."


"Aku time sukan jer aku bukak tudung, kat luar aku pakai."


Pandang kiri pandang kanan "Ala takde orang laki pun,bukak je la".


Wah, mudah benar kalian mengambil ringan bab aurat? Dah ada jawapan nak bagi dekat sana ke? Saya tahu, saya bukanlah perempuan zaman moden seperti kalian yang selalu up to date tentang dunia fesyen. Tapi sekurang-kurangnya saya bangga dengan pakaian sunnah lagi wajib disarungkan pada diri saya. Saya mungkin boleh jadi aset buat kedua orang tua saya, insya Allah.


BAB SOLAT 


Habis training 6 lebih.  
"Ala awal lagi la,jom la jalan-jalan dulu."


"Pernah dengar tidak azab orang yang suka menangguh solat? Tadi saya ada baca. MasyaALLAH tak tertanggung azabnya."


"Apabila seseorang menangguh solatnya sehingga luput waktunya dan kemudian dia mengqada solatnya,dia akan di azab di neraka selama 1 huqub.1 huqub bersamaan 80 tahun.1 tahun bersamaan dengan 360 hari.1 hari di dunia bersamaan dengan 1000 tahun di akhirat."




"Ntahla wei, aku bab solat ni berat sikit la."


Sedih saya mendengar, hati bagai dicarik-carik! Bukan ini jawapan yang saya mahukan! Langsung tidak ada rasa takut, bahkan jawapannya? Hanya mengugat rasa keimanan!


Kawan-kawan agak-agaklah, kita orang Islam, ummat Muhammad. Takkan nak tunggu sampai seru baru nak solat? Kalian wajib sedar kepentingan solat. 
Kita orang Islam.



Solat adalah tiang agama kita. Jika kita meninggalkan satu ibadat wajib kita, solat. Maka tiang agama kita akan runtuh. Ibarat rumah yang dibina tiada satu tiang maka rumah itu tidak akan sempurna.
Begitu juga dengan solat kita.
Perkara pertama yang akan dihisab di masyar kelak adalah SOLAT.


Ntahla...
Saya harap, mereka yang berkecimpung dalam arena  sukan, bersukanlah sambil  mencari keberkatan juga keredhaan daripada ALLAH s.w.t
Moga diberikan taufiq dan hidayah buat saya dan kalian.


"Jadikanlah sukan itu satu ibadah yang penuh dengan keberkatan dariNYA dengan melaksanakan perintahNYA dan meningggalkan larangaNYA"




Wallahua'lam

1 comment:

  1. mereka terlupe dgn janji Allah itu adalah pasti..
    nice entry...:)

    ReplyDelete