Salam mujahadah...
sebuah c0retan dari se0rang hamba Allah...
12 0ktober 2009...5.40 p.m
“Salam adik-adik y0ng,
y0ng sayang kamu semua kerana ALLAH...
Walaupun y0ng tak tahu nak tunjukkan...ubahlah diri adik-adik kepada yang lebih baik…kutip seberapa banyak mutiara yang baik kat dunia..
Cari hidayah ALLAH...Jangan tunggu ALLAH beri hidayah pada kita...
y0ng sayang kamu semua sangat-sangat kerana ALLAH…~”
>mesej yang cukup menyentuh jiwa seorang adik <
y0ng...se0rang kakak yang tak pernah jemu menegur dan terus menegur adik-adiknya dalam melakukan perubahan..
termasuklah diri ini…
setiap kali keluar rumah…
“cube pakai st0king…cuba malu sikit pada lelaki…”
“free2 jep lelaki teng0k rambut kamu”
“tahu tak aurat se0rang perempuan ???”
“malaslaa…0wg niy bukannya baik sgt p0n…”
“suka simple…senang sikit…”
“alah…bukan sape p0n…pakcik depan rumah je p0n nak teng0k”
08 April 2011…
Alhamdulillah…
diri ini akhirnya berjaya menyarung tudung besar @ tudung labuh bagi menutupi mahk0ta perhiasan diri sebagai se0rang muslimah…
Biarpun dengan paksaan teman-teman k0lej,diri ini tetap memakai tudung tersebut...malu bukan kepalang kerana yang berada di fikiran pada masa itu hanyalah kata-kata 0rang lain yang melihat penampilan diri ini…
"perasan baik... ingat dah bagus sangat lah tu.."
"tiba-tiba je budak ni pakai macam tu.."
"sekejap je budak ni nak pakai tudung labuh.."
Sepanjang langkah menuju ke pagar, diri ini hanya mampu tunduk dan berselindung disebalik teman-teman yang lain…
Malu kerana diri ini sedang bertudung labuh…
Sepanjang perjalanan dengan bertudung labuh,diri ini dapat melihat berbagai persepsi 0rang lain…
Namun, diri ini merasa cukup aneh…
Sesuatu perasaan yang belum pernah dirasai…
Terasa indahnya bertudung labuh…
diri ini merasa cukup dilindungi dari mata-mata si Adam…
diri ini merasa cukup dihargai sebagai se0rang Hawa…
diri ini merasa cukup dih0rmati…
diri ini merasa cukup menjaga pandangan…
diri ini merasa cukup bahagia~
apa yang pasti…sudah lama tergerak hati ini untuk melakukan perubahan…namun diri ini mencari-cari kekuatan diri…
ingin menutup aurat sepenuhnya sebagaimana yang telah termaktub dalam Al-Quran…
bak kata-kata teman…
“Islam tak suruh p0n pakai tudung labuh…tapi Islam suruh tutup aurat…”
Hari demi hari diri ini mem0h0n m0ga diberi taufik dan hidayah…
M0ga dapat berubah…
Mahu menjadi muslimah s0lehah yang sejati dan bukannya perempuan yang dilaknat Illahi…
Ya ALLAH…
Bantulah hambaMU yang lemah lagi hina ini…
Aku ingin berubah…
Setiap kali ini diri ini mem0h0n,hati ini tak pernah berhenti dari menangis…
Sungguh,terlalu banyak silap yang telah diri ini lakukan…
Telah banyak d0sa yang dilakuakn…
Mana mungkin ALLAH ingin mendengar luahan hati ini…
Siapalah diri ini yang ingin mem0h0n itu dan ini…
Sedangkan diri ini hanyalah hamba yang terlalu leka dengan kehidupan duniawi…
Terlalu alpa dengan keindahan dunia…
Sekali lagi hati ini menangis…~
Apa yang telah aku lakukan ya ALLAH…rintih diri ini saban hari…
Namun…
Ternyata diri ini adalah antara yang terpilih untuk mendapat hidayahNya…
Ku panjatkan kesyukuran kerana aku masih diberi kesempatan untuk berubah…
Subhanallah…
Sungguh halus caraNya..
Kini, baru diri ini mengerti bahawa setiap sesuatu yang terjadi ada maksud disebaliknya…
Didikan ayah dan emak waktu kecil...
Pembelajaran di sek0lah harian dan sek0lah agama...
Tarbiah dari se0rang kakak
Kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran (mengikut kehendak emak & ayah),
Bertemu teman-teman kolej yang membimbing untuk mujahadah…
Berd0a m0ga diberi taufik dan hidayah...
Belajar dan berusaha untuk kuat...
Jangan fikir apa 0rang akan kata...
Akhirnya,ini hasilnya…
Subhanallah...~
Cantik aturan hidup yang telah Allah tetapkan…
M0ga diri ini istiqamah dalam mujahadah ini…
Ya Allah…
Kau kuatkanlah hati dalam perjuangan ini…
Buat sahibah-sahibah tersayang…
Sahabat yang baik,
apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati ALLAH...
mendengarkan kata2nya menambahkan ilmu,
terlihat gerak-gerinya, meningkatkan takut kepada ALLAH...
berkawan dengannya, berjuang ke jalan ALLAH...
No comments:
Post a Comment