Sunday, June 5, 2011

Hari ini saya sedih lagi..

Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Alhamdulillah,jasad saya masih kuat untuk meneruskan perjalanan hidup ini, tapi hati saya...entahlah bagaimana?
Allah kuatkan saya. Saya sedih, baru saya teringatkan Mu, saya gembira saya lupakanMu. Maafkan saya Rabb..


Buat sekian lamanya aku tidak menjejaki tempat itu. Hatiku sayu. Apakah perasaan ini, aku tidak mengerti.
Perasaan itu benar-benar menyelubungi hati aku. Mohon petunjuk dari Yang Maha Esa. Di rumah Allah hatiku terpaut.


Saya memujuk diri.


Al fatihah dan surah al kautsar berlagu, tepat di qalbuku, di telingaku. Aku menangis, menangis dan terus menangis. Tapi cuba ku tahan untuk peroleh kekhusyukan yang sudah lama aku tinggalkan dalam kanvas kehidupan. Hari ini aku merasai semua itu atas izinNya.


"Suasana apa ini?Sayu je" Hatiku mula bermadah seusai solat Maghrib. Aku terus memerhati keadaan sekeliling. Sangat sayu yang aku kira menusuk qalbuku. Seperti ada sesuatu yang Dia mahu tunjukkan kepadaku.


Allah, mungkin Kau hendak berbicara denganku lebih dekat. Aku terlalu lama mengabaikanMu, sudah sekian lama aku meninggalkanMu. Dan hari ini Kau telah menghadiahkan sesuatu buatku, ketenangan yang nyata.
Ketenangan yang telah lama aku cari, dan hari ini Kau telah berikan kepadaku. Allah, terlalu banyak khilafku terhadapMu. Aku sendiri keliru jalan mana yang harus aku pilih dalam kehidupan aku.


Aku terlalu banyak bersantai hingga Kau juga dengan santai membiarkan aku. Aku terlalu banyak bergelak tawa hingga aku lupa tanggungjawabku sebagai seorang hamba. Aku tertekan Rabb, aku keliru pada siapa aku harus mengadu, sedangkan hanya Kau yang menjaga setiap pergerakan aku. Aku mengadu pada manusia sebelum Kau. Aku terlupa bercerita pada Kau, aku terlupa bahawa aku tidak pernah keseorangan. Aku ada Kau,Rabb.


Tapi aku lupa! Aku menangis dan terus menangis, hanya di qalbu. Biar airmata ini menjadi saksi saat pertemuan Kau dan aku. Aku mahu airmata ini menjadi saksi buat aku.
Titisan panas di pipi mula mengalir bila terkenangkan sikapku terhadapMu. Sungguh tidak BERADAB!
Aku ingin mencintaiMu sebagaimana Rabiatul Al Adawiyah mencintai kekasih agungya melebihi segala-galanya, tapi aku tidak beramal dengannya. Aku ingin mencintai Rasulullah sebagaimana sahabat-sahabatnya mencintai Rasulullah. Kerna aku rindu akan pertemuan itu.


Apakah aku tidak layak untuk semua itu? Allah, hampir beberapa tahun aku berhijrah kejalan Mu, tapi aku masih keliru. Kenapa?


"Erm,saya nak tanya ni, saya ada silap dekat mana-mana ke?Apa salah saya ye?" Soalan ini sering aku bertanya kepada sahabat-sahabat aku dan aku selalu tegah untuk membenarkan kata-kata aku jika salah. Kerana sahabat yang baik itu tidak akan membiarkan sahabatnya terus-terusan berada dalam kesalahan yang nyata,.


Tapi setiap kali mereka menegur, aku hanya buat endah tak endah. Allah, apa masalah hatiku ini? Apa ada hijab di hati ini Rabb?


Kesedihan itu datang ikhlas dari lubuk hatiku. Mata-mata aku pasang di rumah Allah itu. Airmata membasahi kelopak mataku. Terlalu lama aku tidak menangis keranaMu. Tiga pasang jemaah yang terlewat mengikut imam membuat kelompok masing-masing lalu solat Magrib berjemaah. Aku terharu, seakan-akan disambar rasa rindu, syahdu di hati.


Bagaimana agaknya keluargaku di kampung? Bagaimana keadaanku kelak? Siapa aku sepuluh tahun akan datang.?Apakah aku dapat terima semua amalan ku dengan tangan kanan ku? Allah, ini rupanya yang Kau hadiahkan. Kau mahu aku berfikir, Kau mahu aku betulkan silapku. Mereka adalah pelakonnya.


Kau hadirkan sahabat-sahabatku untuk menegurku, mereka adalah diantara yang Kau gerakkan hatinya untuk menegur silapku. Kerna Kau menyayangiku bukan? Jika Kau terus membiarkan aku, mungkin aku tidak menjadi sebagaimana aku hari ini.


Benar, dan aku sangat percaya, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. Aku bersyukur kerana Kau sanggup menyedarkan aku untuk bangun dari kelalaian yang nyata. Aku bersyukur kerana Kau ingin aku merujuk kepadaMu untuk melayari bahtera ini.


Allah, sungguh aku sedih, sungguh aku tertekan dengan apa yang ada dihadapanku ini. Aku belum cukup kuat untuk melaluinya. Tapi aku yakin,


Hasbee Rabbi jalallah,maa fee qalbi ghoirullah

Allah terimalah aku sebagai hambaMu, Rasulullah terimalah aku sebagai ummatMu.
Buat sahabat-sabahat ana mohon maaf atas kesilapan ana yang lalu, dan ana masih mencari jalan. Buat kalian yang membaca, ana juga mohon maaf jika menyakiti kalian secara halus atau tidak. Ana mohon doa dari kalian agar ana kuat dan teguh.


Allah kuatkan aku..
Agar terus berada dijalanMu..
Allah aku mohon petunjuk dan hidayahMu..
Maka pimpinlah aku menuju redhaMu..

2 comments:

  1. semoga sentiasa bermujahadah dgn apa yg kita lakukan..insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Sufi Humairah

    Moga Allah redha..Doa kamu amat saya harapkan..Kadang2 kita tak tahu apa yang kita buat..

    ReplyDelete