Friday, June 24, 2011

pernahkah kamu mengerti...~



Wahai muslimahku,

Rasulullah pernah bersabda,
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000
lelaki yang soleh.


Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah bersabda,
Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta
taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.

                                                                                                            

Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah bersabda,
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang
daripada bapa & doa orang yang penyayang tidak akan sia-
sia".


Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah bersabda,
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkn dia
ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 thn).


Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah bersabda,
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu² neraka & terbuka pintu² syurga.
Masuklah dari mana² pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.


Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah b'sabda,
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan² di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
& bulan semua beristighfar baginya selama mana
dia taat kepada suaminya serta menjaga
sembahyang & puasanya.


Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah b'sabda,
Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat utknya.
Allah s.w.t. mencatatkn baginya setiap hari dengan
1,000 kebajikan & menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.



Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah bersabda,
Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.



Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah b'sabda,
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa² seperti keadaan ibunya
melahirkannya.



Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah bersabda,
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.


Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah b'sabda,
Apabila semalaman ibu tidak tidur & memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t.
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
s.w.t.



Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah b'sabda,
Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan
orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.


Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah bersabda,
Barangsiapa membawa hadiah, (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan
anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.



Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah bersabda,
Aisyah berkata, "Aku bertanya kpd Rasulullah
s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita?
Jawab Rasulullah
s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jwb Rasulullah s.a.w, "Ibunya".


Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah bersabda,
Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.


Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah b'sabda,
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah b'sabda,
Wanita yg tinggal b'sama anak²nya akan
tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah b'sabda,
Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan 3 saudara
perempuan atau 2 anak perempuan atau 2
saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka & mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.


Wahai muslimahku,
Rasulullah pernah bersabda,
Drpd Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak² perempuan lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi 
penghalang baginya daripada api neraka."









p/s :
sungguh indahnya kejadian wanita seandainya dia mengerti...~

No comments:

Post a Comment