Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Pada awalnya agak sukar untuk saya memahami konsep sukan adalah ibadah. Alhamdulillah,dengan memperuntukkan masa yang khusus, akhirnya saya dapat satu idea yang mudah untuk difahami,insya Allah.
Permainan adalah ibadah.
"Semua sudah sedia?"
"Sudah"
"Kita mahu menang atau kalah?"
"Menang!"
"Adakah kita nak tunjukkan kita ini lemah?"
"Tidak!"
"Adakah kita ini lemah?"
"Tidak!"
"Siapakah yang terhebat?"
"Kita!"
"Mesti main dengan baik?"
"Mesti!"
"Permainan kita adalah ibadah?"
"Ibadah!"
"Yang terbaik untuk siapa?"
"Islam!"
"Jadi kita mesti menang!"
"Menang!"
"Menang!"
"Menang!"
"Menang!"
"Vanguard!"
"Huh!"
MAIN JUGA ADALAH IBADAH.
"Mesti kau tak faham kan apa yang aku nak sampaikan?"
"Memang pun, Ika suka sampaikan separuh jalan,macam mana nak faham."
Senyum sebagai hadiah buat kamu sahabat. Bagaimana aku mahu kamu faham jika kamu sendiri belum berusaha untuk memahami apa yang aku sampaikan?Sengaja aku biarkan kamu mencari-cari maksud di setiap apa yang aku sampaikan, kerna aku ingin melatih kamu berfikir dan menyampaikan dengan gaya kefahaman kamu sendiri.
"Susahlah nak faham main adalah ibadah"
"Kalau senang, maka Rasulullah mesti tak lapar dalam hidup dia"
"Itu Rasulullah"
"Ya, itu Rasulullah, matahari kita"
"Matahari?"
Ya, matahari yang menerangi seluruh alam dari kegelapan yang nyata. Lihat, jika kita tidak meletakkan Islam dalam kehidupan kita maka berlakulah rasuah, pecah amanah dalam arena sukan. Maka jadilah sukan ini arena yang penuh unsur kemaksiatan dan kemungkaran, bukan lagi arena yang menyihatkan tubuh badan.
Allah benar-benar menunjukkan kekuasaanNya.
"Allah adalah sumber kekuatan kita yang sebenar, kerana Dialah yang mencipta kita. Barangsiapa yang berkehendakkan tempat yang lebih tinggi, kekuatan yang lebih dasyat, maka hendaklah dia kembali kepada Allah, merapatiNya, mengikuti perintahNya, dan meninggalkan laranganNya. Nyata Dia akan memberikan kuasa dan kekuatan kepada kita"
Sebab itu saya suka menekankan kepada kalian semua sukan juga adalah Ibadah. Adakah ibadah yang diselangi lagu-lagu menghayalkan?Allah itu menilai kita sekecil-kecil zarah hatta di gelanggang sekalipun. Apakah kita ada jawapan untuk diberikan kepadaNya?
Tapi saya khuatir, adakah kita mampu untuk mengetengahkan sukan ini adalah ibadah?
Ya, kita boleh!
"Siapa yang mampu pegang amanah ini"
"Saya!"
"Saya mampu dengan mengharapkan pertolongan Allah, takdir itu di hujung tanduk manusia"
"Berusaha sampai mati!"
"Sampai mati!"
Buktikan pada dunia, dengan membawa Islam dalam arena sukan, kita adalah yang terhebat. Jangan kita sendiri yang memandang rendah sukan adalah ibadah.
"Allahuakbar!"
Hati berdegup kencang. Moga Allah redha.
"Salam Doktor,apa pandangan Doktor sukan adalah ibadah dan apa yang perlu diketengahkan untuk sukan sebagai ibadah?"
Lama juga saya tunggu balasan jawapan dari Dr. Barangkali berfikir untuk memberikan jawapan yang terbaik buat saya.
"Betulkan niat, kemudian sebagai seorang yang ingin membawa Islam dalam arena sukan mesti jaga pergaulan dan kewajipan syarak yang telah digariskan. Ahli sukan dalam kalangan orang yang berkualiti, manakala latihan dan kemahiran sukan yang cukup dan paling penting jaga peruntukan kewangan yang mantap untuk dunia sukan"
"Syukran Dr"
Ya, saya kira jawapan ini agak mantap dan hampir sama dengan apa yang saya fikirkan.
Bagaimana dengan kalian?
Adakah kalian masih menjaga aurat tika berada dalam gelanggang?
Saya mungkin tiada pengalaman dalam arena sukan yang dihiasi warna-warna gemilang, jadi saya harap buat kalian yang sanggup membawa Islam dalam arena sukan, jangan lengahkan masa, jangan terlalu asyik dengan dunia, jangan mengharapkan orang lain. Kerana kita adalah yang membawa dan menegakkan Islam!.
Jika kalian sendiri belum mampu ke hadapan untuk menyatakan pendapat, anda bukan lagi seorang kuat hatinya. Hati yang sentiasa bergantung pada manusia lain tanpa mengharapkan pertolongan Allah.
'Itu bukan yang Islam ajar!Itu bukan saya!'
Katakan begitu pada diri kalian.
Tarbiah Islamiah Syamilah
Apabila hati kita sentiasa terpaut dengan dunia maka hubugan kita dengan Allah tersangat lemah.
Orang yang melihat dunia terlalu lama adalah orang yang dhoif.
Disebabkan oleh dunia, kita mundur untuk memajukan Islam,
Disebabkan dunia, kita selesa di zonnya.
Kita perlu bangun, meski terluka itulah kita.
"Hendak mempamerkan imej Islam kepada masyarakat maka peribadi yang mampu membawa risalah perlu dibina. Maka Tarbiah Islamiah Syamilah itu perlu dilalui oleh setiap manusia yang ingin menonjolkan Islam dalam kehidupan."
"Tarbiah Islamiah Syamilah ialah, didikan Islam secara menyeluruh. Didikan yang merangkumi setiap aspek kehidupan kita. Kalau meninggalkan tarbiah, hati akan menjadi lemah, jiwa akan menjadi gersang."
Nah, bagaimana dengan kalian semua?
Bagaimana reaksi kita semua?
Mahu jalani Tarbiah?
Mahu bawa sukan adalah ibadah?
Dengan syarat-HDA-
Hubungan dengan Allah
Penutup
Sukan itu adalah ibadah.
Di tahap manakah kita meletakkan sukan adalah ibadah?
Doa kesatuan hati-hati mereka yang beriman. Makna yang sangat mendalam.
"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini(orang-orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.
Maka eratkanlah, ya Allah, akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya(jalan sebenar). Penuhkan(piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini denagn limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat(pengetahuan sebenar) tentangMu. (Jika engkau mentakdir mati) maka matikanlah pemilik hati ini-hati ini sebagai para pejuang. Engakaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya"
p/s: Dialog tadi dipetik dari kumpulan cerpen Matahari dan VT hasil karya Hilal Ayraf.
Moga beroleh manfaat darinya,
Moga Allah redha akan kalian.
No comments:
Post a Comment