Assalamualaikum..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Dia adalah matahariku..
Dan aku adalah bulannya..
Mereka adalah bintangnya..
Menyah gelita..
Hadirkan kecerahan..
"Hai orang kota, kembalilah ke jalan TuhanMu. Janganlah kau mensia-siakan waktu yang ada. Sesungguhnya janji Allah itu pasti!"
"Janji Allah itu pasti"
Laungannya tenggelam ditengah-tengah laluan manusia.
Setiap orang yang lalu lalang akan menutup telinga, ada yang memasukkan kepala ke dalam baju, menutup telinga dengan jari telunjuk termasuk ibuku yang turut menutup telingaku sejak kecil lagi. Aku tidak mengerti. Sudah bertahun lama orang tua itu tetap gagah menyeru dan terus menyeru. Aku hanya memerhati dari sudut kejauhan.
Masih begini orang tua ini. Apa kekuatannya hingga tidak peduli tindak tanduk manusia.
Terlalu lama, hampir dua puluh tahun ia berlalu, dan masih terjadi seperti dahulu. Wajahnya yang sudah berkedut seribu, bibirnya yang sudah lanjut, urat-urat tangan timbul sudah cukup menjelaskan betapa tuanya dia.
"Hei orang gila, jangan kau cuba menyihir kami semua! Pergi kau dari sini"
"Kau hanya membawa ajaran syaitan!"
"Sesat!"
"Gila!"
"@#%&!$"
Satu sepakan hinggap di badan tuanya.
"Moga Allah memberi hidayah kepadamu" Orang tua itu tetap tenang dan senyuman itu tidak pernah lekang dari bibirnya dihadiahkan buat mereka yang menghina, mencaci.
Hanya doa yang mengiringi kata-kata kejian itu. Sungguh tabah.
Agak lama aku memerhati orang tua itu. Dan hari ini entah dari mana datangnya kekuatan itu untuk menahan orang tua yang tidak mengenal erti jemu. Tapi aku belum berani untuk memanggilnya di tengah lautan warga kota. Aku belum siap untuk berhadapan dengan cacian mereka meskipun aku sangat kasihan pada orang tua itu.
Lalu aku mengorak langkah mengiringinya agar tidak terlepas kali ini. Ya, kali ini aku akan bongkarkan segala persoalan yang ada di benak hatiku. Batinku terpenjara!
"Atuk!" Panggilanku untuknya.
Langkahnya terhenti. Sekilas memusingkan badannya. Matanya tepat memandang ke arah mataku. Tenang, jernih pandangannya. Sungguh menusuk kalbu. Tak pernah aku rasakan perasaan seperti ini.
Tidak ada sedikit riak terkejut dari wajah tuanya.
"Ada apa wahai anak muda, moga Allah merahmatimu"
Aku mengangkat tangan kananku yang berisi makanan. Nasi lemak bersama telur goreng yang aku beli di hujung kedai sana. Memang enak.
"Atuk dah makan? Saya nak ajak atuk makan dengan saya pagi ini"
Dia membisu seribu bahasa. Tanpa mengeluarkan sepatah kata. Aku jadi berdebar, tapi dalam masa yang sama aku tenang. Dia hanya menghantar pandangan tenang. Tersenyum.
'Ish, aku buat salah ke? Ke dia tak suka makanan yang aku bawakan, atau dia akan menolak ajakanku?
"Alhamdulillah"
Aku tersentuh dengan sentuhan tangan atuk yang singgah di bahuku. Seakan-akan ada aura yang penuh ketenangan bila bersamanya.
Mataku memandang erat pegangan tangannya di bahuku. Belum pernah lagi aku mendengar kalimat yang disebut oleh atuk sebentar tadi.Tenang, sungguh tenang
"ALLAH ITU WUJUD. Dia berdiri dengan kekuasannya. Dia tidak tidur, mengawal atur susunan alam dengan begitu indah. Bumi berputar pada paksinya. Matahari tetap dengan sinarnya."
Bicaranya sungguh tenang, tiada satu patah perkataan yang membuatkan aku tersinggung. Pandangannya sungguh menenangkan. Riak wajahnya tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku di sekelilingnya.
Apa buktinya Allah itu wujud? Al Quran? Bukankah ia di bukukan oleh seorang manusia syaitan iaitu Muhammad seperti yang diceritakan oleh ibu. Sejak perbincangan dengan atuk tempoh hari membuatkan aku lebih tertarik untuk ambil tahu dengan lebih banyak.
Hampir sepuluh hari aku makan pagi bersamanya. Dan pelbagai cerita yang aku dengar dari mulutnya. Atuk tak gila seperti yang diperkatakan oleh warga kota. Masakan orang gila boleh berbicara seperti ini. Argh, aku tak percaya kata-kata mereka! Semakin lama aku mengenali atuk semakin dalam minatku terhadap Islam, Allah dan Muhammad.
"Atuk, kalau benar Muhammad itu membawa kebenaran kenapa masih ada manusia seperti yang saya lihat hari ini?"
"Habis aku siapa? Bukankah aku mengikut jalan yang Baginda tunjuki?"
"Walau seluruh manusia menolak kehadiran Allah, Dia tetap ada, menguasai dan kekuasaanNya tidak pernah kurang waima manusia tidak mempercayaiNya. Semua manusia tetap tidak mampu memberikan mudarat kepadaNya, atau kepada manusia yang lain tanpa izinNya. Allah itu Kaya. Sesiapa yang berpaling daripadaNya tidak menjadikan kekayaanNya itu kurang walau sedikit pun"
Tenang bicaranya. Terselit sedikit kagum dengannya. Umurnya yang hampir mencecah sembilan puluh tahun menghabiskan sisa baki hidupnya dengan memilih jalan yang penuh liku.
Pertama kali aku mendengar umurnya, aku terkejut. Tidak aku sangka masih ada orang yang begini pada zaman maju ini.
"Aku malu dengan Nuh"
Lamunanku terhenti tika suara atuk memecah hening. Telingaku menangkap setiap bait-bait yang dilontarkan olehnya.
"Siapa dia"
"Kawan atukkah?
"Saya tak pernah dengar atuk cerita tentangnya?"
Atuk hanya tersengih dengan kenyataanku. Aku hairan. Menantikan jawapan.
Atuk mendongak ke langit, menyusun kata.
"Nuh bukan kawanku. Dia adalah utusan Allah. Dia diutuskan beribu tahun sebelum mengutus utusan terakhir, Muhammad. Dia berdakwah untuk menyeru kaumnya kembali ke jalan Allah selama sembilan ratus lima puluh tahun tanpa henti. Pada akhir perjuangannya menyeru, hanya lapan puluh tiga sahaja yang mengikuti. Tapi aku hanya beberapa tahun. Apalah sangat tahun aku ini jika hendak dibandingkan dengan perjuangan Nuh."
Aku tetap tidak berpuas hati. Aku mengkaji buku-buku sejarah. Aku bentangkannya di hadapan atuk. Setiap ayat aku bacakan dengan teliti.
"Ha, kan betul Muhammad itu syaitan"
"Apa kamu tahu apa yang dilakukan Muhammad wahai anak muda?"
Aku menggeleng. Atuk memulangkan soalan, aku kelu tanpa bicara.
"Wahai anak muda, kau tidak boleh berpandukan hanya dengan satu bacaan sahaja. Kau mesti merujuk al Quran yang diturunkan oleh Allah sendiri. Buku yang kau baca itu hanya ditulis oleh manusia, barangkali di ubahnya."
"Muhammad itu adalah utusan Allah yang menyeru seluruh manusia ke jalan kebenaran. Saat hampir wafatnya Baginda sebutan ummati, ummati, ummati basah meniti di bibirnya"
"Sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan ia akan kembali dagang sebagaimana datangnya ia. Maka beruntunglah orang-orang yang dagang"
Beruntung?Dagang?
Pelbagai perkara yang atuk cerita tentang Muhammad. Tidak seperti syaitan yang pernah aku lafazkan sebelum ini. Seorang manusia yang sentiasa menjaga tatasusila, merendah diri dalam segala hal. Tak mungkin orang gila boleh berbicara seperti ini.
"WAHAI WARGA KOTA, KEMBALILAH KE JALAN KEBENARAN. Janganlah kamu leka dengan arus dunia yang penuh fatamorgana ini."
Buat sekalinya suara itu melantun di tengah-tengah bandaraya. Aku meminta atuk pergi kerana warga kota akan memukulnya. Tapi tidak diendahkannya. Aku tidak mahu tubuh orang tua itu di jamah dengan teruk. Tak dapat aku bayangkan. Aku hanya memerhati dari kejauhan.
Datang beberapa orang polis.
"Hoi orang tua gila! Lebih baik kau pergi dari sini. Kau hanya menyebarkan ajaran sesat. Malah kau terkena sihir!
"Moga Allah merahmati kalian"
"Tak guna punya orang tua!"
Tumbukan demi tumbukan menjamah tubuh orang tua itu. Dengan kudratnya, dia bangun. Belum sempat bangun, kaki mereka menjamah perut orang tua itu. Terpecik darah dari bibirnya. Atuk senyum. Di lap bibirnya.
"Beritahu kepadaku, dimana Allah kamu!"
"Beritahu kepadaku, dimana syaitan itu!"
"Kau lihat orang tua, mereka itu memperdaya engkau"
"Nah, kau rasakan!"
Aku tak tahan melihat atuk diseksa begitu. Aku mahu bantu, tapi aku takut akan masyarakat sekeliling. Apa yang perlu aku lakukan?
"Baiklah, sekarang giliran kalian untuk musnahkannya"
"Musnahkan!"
"Habiskan dia!"
Mataku bertentang dengan matanya. Dia senyum. Aku tunduk tidak mampu berkata apa. Aku malu. Bagaimana kudrat orang tua diperbuat demikian rupa. Apakah benar kata atuk sebelum ini? Allah itu wujud. Tiada siapa yang boleh datangkan mudarat jika tidak diizinkan Allah.
Hujan batu oleh anak kecil menghujani atuk. Atuk menutup kepala dengan tangannya. Aku tak peduli. Aku berlari sekuat hati aku. Aku mendapatkan atuk. Aku memeluknya, melindunginya. Belakang badanku mulai terasa cecair panas mengalir. Berdarah! Barangkali dihujani batu dengan banyak.
"Wahai anak muda, kau menangis kerana sakit?"
"Tidak, aku menangis kerana aku merasakan apa yang kau rasakan sebentar tadi."
"Sabarlah wahai anak muda, Allah sentiasa bersama kita"
"Argh, BERHENTI!"
"Aku kira kau orang zaman maju sanggup melakukan demikian rupa pada orang tua. Meskipun kailan membencinya, jangan kalian lakukan demikian padanya. Tiada akalkah kalian?"
"Hoi anak muda, kau cari pasalkah? Kau tidak tahu apa yang terjadi! Kau disihir!"
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah!"
Dengan deraian airmata aku mengangkat syahadah di khalayak ramai
Pang!
Aku tersungkur mencium bumi. Belum sempat tumbukan hinggap di wajahku, ada tangan yang menghalang tumbukan itu.
Atuk! Belum pernah aku lihat kekuatan atuk.
"Baiklah, kami akan pergi dari sini. Jika tiada siapa yang sanggup terima dakwah kami, kami akan berdakwah dengan ikan-ikan."
Di tempat baru itu bermacam perkara yang diajar oleh atuk. Feqah, tauhid, sirah Nabi, perjalanan dakwah Nabi dan segala ilmunya dicurahkan kepadaku. Di tepi sungai itu. Ikan berlagu riang dengan kehadiran kami.
"Atuk, mengapa mereka tidak terima dakwah kita? Masih adakah orang yang mahu mendengar seruan kita?"
"Dalam ramai-ramai warga kota itu, masih ada yang merasakan curahannya. Cuma mereka tidak pasti. Dan kau adalah salah satu di antara yang merasakan sentuhannya. Kau mesti janji, yang kau akan teruskan perjuangan ini. Jangan putus asa. Kau mesti jadi matahari buat mereka."
"Assalamualaikum" Aku palingkan kepalaku ke kanan.
"Assalamualaikum" Aku akhirkannya ke kiri.
"Hoi orang tua, keluar kamu dari pondok itu!"
"Ada apa wahai orang muda. Bukankah kami sudah tidak menggangu lagi warga kota di sana?"
"Hei orang tua, apa yang telah kau lakukan tehadap ikan-ikan sumber makanan kami? Apakah kau telah menyihirnya?! Aku mahu kau mengikuti kami ke kota."
Aku terkejut mendengarnya. Aku ingin melangkah keluar, tapi dihalang oleh atuk. Atuk tersenyum. Nyata Allah benar-benar menunjukkan kekuasaannya.
"Baiklah hai orang muda. Jika itu kehendakmu kami mengikutimu"
Tangan kami diikat. Sampai sahaja di kota semua ikan di belah. Terdapat semua ayat-ayat Allah persis yang atuk ajarkan kepadaku. Sungguh aku terpana. Aku terkejut dengan seisi alamnya.
Atuk hanya tersenyum.
"Wahai warga kota, apakah aku mahu katakan kepadamu kebenaran itu palsu? Apakah kau semua tidak melihat kekuasanNya? Apa lagi bukti yang perlu aku utarakan?
Ketua kota berang dengan tindakan atuk. Masyarakat mulai yakin. Bukan lagi melemparkan pandangan benci.
"Cis, kau gunakan sihir untuk hantar kepada kami! Tangkap orang tua itu. Campak dia ke dalam api!"
"Tenang, Allah ada bersama kita"
Atuk seolah-olah tahu apa yang aku bicarakan. Air mataku mula mengalir laju. Tanpa henti.
"Wahai masyarakat yang ada di sini, tiada siapa yang dapat mengapa-apakan aku kecuali dengan izinNya. Sesungguhnya mati itu pasti tetapi nyawa tetap di tangan Allah."
Aku menitiskan air mata. Di hujung nyawa masih lagi sempat untuk menyeru.
"Sudah, aku tidak mahu dengar lagi bicaranya! Campakkan saja dia ke dalam api itu."
Ketua kota berang. Memberi arahan. Tubuh atuk yang kering itu melayang ke dalam api dengan tembakan meriam itu.
"Habislah dia"
"Matilah dia"
"Tidak, kasihan, kasihan"
'Pasti akan ada hati yang turut merasakannya'
Api yang sedang marak tadi padam serta merta. Terbeliak mataku! Bagaikan tidak percaya. Begitu juga dengan reaksi warga kota. Ketua kota bertambah berang. Hatinya meledak!
Atuk berdiri dengan senyuman. Tenang.
"Lihatlah semua, Allah itu pelindungku. Allah berkuasa atas segala-galanya. Tiada siapa yang mampu berbuat apa-apa kecuali dengan izinnya."
"Celaka! Bagaimana baru boleh kau mati!"
Atuk mendekati ketua kota. Dia kelihatan takut. Badannya di sandar ke kerusi yang di sediakan khas untuknya.
"Kamu hanya dapat membunuhku jika Allah mengizinkan.Hanya kuasa Allah sahaja kau boleh membunuhku."
"Bagaimana hendak Allah benarkan!"
"Kau lafazkan nama Allah, kemudian tariklah picu di pistolmu itu. Nescaya aku akan mati"
Tidak, mengapa atuk memberitahu caranya! Aku memandang wajah warga kota. Kali ini reaksi mereka berbeza sekali. Apakah mereka sudah merasakannya?
"Hidayah itu milik Allah, kita hanya penyeru dan Allah jualah yang memberi. Kita tidak perlu berusaha mengubah mereka. Biarkan sahaja Allah memberikan hidayah kepada mereka. Bantuan Allah itu di hujung usaha"
Atuk tersenyum.
"Fikir apa?"
Suara atuk menyinggah di telingaku. Bibir tuanya yang merekah itu menggariskan senyuman manis buatku.
"Innallahuma'antum. Nyawaku benar-benar akan melayang selepas ini. Kamulah perlu menyambung segala usahaku. Kau hanyalah umpan buatku, engkaulah yang akan mengubah masyarakat untuk kembali kepada Allah."
Atuk kini berada di tengah-tengah medan maut akhirnya.
"Wahai manusia, lihatlah kekuasaan Allah. Dan berimanlah dengannya. Nescaya kamu akan selamat selama-lamanya"
Suara atuk dinyaringkan agar di dengari mereka.
"Dengan Nama Allah"
Peluru itu tepat mengenai dahi atuk. Darah tersembur!
Air mataku menitis. Aku terdengar esakan warga kota yang hadir.
"Wahai manusia, sampai bilakah kamu semua hendak tutup mata? Jika orang tua itu penyeru ajaran sesat maka dia menyuruh kalian menyembahnya, bukan Allah. Jika Allah itu tidak wujud, maka kalian tidak akan melihat apa yang terjadi pada hari ini. Jika Islam itu salah, satu keganasan maka sudah lama orang tua itu menyuruh Allah hapuskan kalian"
Pistol-pistol mula mengacukan ke arahku.
"Bukalah hati kalian!" Aku menjerit sekuat hati aku.
Laungan-laungan syahadah mula bergema di corong telingaku. Warga kota yang melafazkannya.
"Kami naik saksi tiada tuhan selain Allah, dan kami naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah"
Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hakikatnya kau adalah matahari dan aku hanyalah bulan. Mereka adalah bintang yang menerangi seiisi alam.
Warga kota mula mendapatkan ketua kota! Aku terdengar ada dalam kalangan polis yang bersyahadah. Masih ada dalam kalangan mereka yang merasakannya.
Aku tersenyum.
Ya Allah, jadikanlah aku sekuat Muhammad, setabah Nuh.
Jadikanlah aku seorang penyeru.
No comments:
Post a Comment