Selawat serta salam buat Rasul junjungan yang dikasihi serta para sahabat dan kaum keluarga baginda yang
dimuliakan..... :)
Apa khabar semua? Kaifa halukum? How are you? Kabare? Ni hao ma? @_@
Alhamdulillah........kalau sihat baguslah. Bermakna kita masih diberi kekuatan untuk terus mengabdikan diri kepadanya. Kalau kuramg sihat pun alhamdulillah..... Kerana kita masih diberi peringatan bahawa hanya Dia yang mampu membuatkan kita sakit dan hanya Dia yang bisa menyembuhkan. Kan sakit itu kafarah dosa kecil kita. Adat manusia tidak sempurna, sering melakukan kesalahan.
Ya....manusia. Kita akan bincang tentang manusia hari ni. Kalau ditanya, manusia tu apa ya? Manusia tu homosapiens, kata para cendekiawan. Manusia tu makhluk Allah, kata pengkritik bebas. Manusia tu sebaik-baik kejadian ....... Apa tugas manusia tu? Kalau secara umumnya, tugas manusia itu ada 2 iaitu sebagai khalifah dan juga abid. Tetapi sebagai ummat Muhammad S.A.W yang dikasihi, manusia itu tugasnya sebagai khalifah, a'bid dan juga da'ie. Ya....sebagai da'ie.
Di sini saya ingin berkongsi tentang beberapa jenis manusia yang saya perolehi melalui perbincangan di radio tak lama dahulu. Sama-sama kita lihat ya........
1-Manusia wajib
-iaitu manusia yang sentiasa dinanti dan disayangi. Kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu. Ketiadaannya akan menimbulkan persoalan yang mendalam. Semua orang menyanyanginya.
Semua orang merinduinya. Kehilangannya tiada pengganti. Subhanallah.....guano nak jadi gini?
Kerana dia sentiasa menjaga dua perkara ini iaitu hablumminallah wa hablumminannas..... Hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia dijaga dengan sebaiknya. Imannya cepat memberontak jika melakukan kesilapan. Jiwanya dipenuhi dengan rasa kasih sayang sesama saudara. Tiada istilah kompromi jika dia menyakiti atau tersakiti hati saudaranya. Laju dia memohon maaf. Lantas mekarlah ukhuwah serta mahabbah dengan kehadirannya......^_^
2-Manusia makruh
-iaitu manusia yang apabila dia ada, orang tak suka dan kalau tiada orang suka. Kehadirannya mungkin kurang dialu-alukan. Jika dia tiada orang tidak kisah, malah mungkin berasa gembira. Tetapi kehadirannya masih boleh memberi manfaat.
(sebelah ni cume gambar hiasan sahaja :))
3-Manusia sunat
-iaitu kehadiran atau ketiadaannya tidak membawa sebarang kesan atau perasaan terhadap orang di sekelilingnya. Kehadirannya tidak dirasai. Kehilangannya tiada siapa yang cari.
Mungkin juga kata-katanya dianggap sepi. Tindakannya tiada siapa peduli. Tiada siapa menyakiti hatinya dan dia sendiri tidak menyakiti. Dan akhirnya dia hanya larut dalam dunianya sendiri.
Tetapi jika kebolehannya terserlah, mekarlah dakwah islam di bumi. Manusia seperti ini hanya perlu digali kerana potensi dalam dirinya sangat tinggi.
4-Manusia haram
-iaitu jenis manusia yang sangat berbahaya. Kehadirannya dibenci. Ketiadaanya disenangi. Kehadirannya membawa mudharat sedangkan ketiadaannya membawa manfaat. Mungkin kerana dia gemar melakukan maksiat sehingga terjejasnya ummat. Apabila terjejasnya ummat, bagaimana Islam mahu selamat?
Jadi sekarang boleh la pilih mahu jadi yang mana satu......? ;) Sama renungkan dan muhasabah........
p/s : maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan. Mohon diperbetulkan........
macam tue jugak dgn ukhwwah,bila khdrn sseorg tu dirasai sgt,mknye kita dh letkkan itsar dlm perhbngan tu.selagi xwujud prasaan tu,kita blum layak lagi..smpai kan kita akan rasa xbest bila slh sorang tu xde.jadi,sama2 bantu mencri untuk mnjdi yg mana satu.Moga Allah redha..
ReplyDelete