Monday, December 15, 2014

.............................

huhu..

Hidup ni tak semudah dan tak seindah yang kita sangka dan jangka.
Akak pernah lalui apa yang awak lalui sekarang.
Apa yang awak buat, awak lalu je.
Redha dan tawakal. Penyerahan yang utama kita pada Rabb.

Kita sering diuji, malah berkali kali diuji.
Ada yang diuji sedikit dan kerap. Ada yang jarang tapi sekali diuji boleh ranap
Hakikatnya setiap manusia itu diuji. Cuma ujian kita berbeda. Tidak sama.
Akak orang susah, keluarga akak susah. Kami diajar untuk hidup berdikari.
Ada banyak kisah silam akak lalui.
Redha dan tawakal.

Akak pernah buat pinjaman lebih dari awak buat. Sebab? My sister in law nak kahwin.
Ada la sebab-sebabnya. Akak masa tu berserah, akak buat je. Yakin yang rezeki tu Allah akan bagi. Banyak atau sikit konsepnya adalah bersyukur tak kita?
Kita tak tahu masa susah kita tu bila. Sekarang adik awak terdesak, takpe. Bantu je.
Nanti esok lusa tiba masa kita, Allah tolong. Bukan harap balasan manusia. Apa yang ada dalam hidup kita ni bukan milik kita seorang. Harta yang kita ada adalah untuk dikongsi dengan yang lain. Jangan rasa risau, bantu je.

Orang lain tak kenal keluarga kita. Orang akan kata kita bodoh sebab buat semua ni. Biar la orang kata apa, yang penting kita tahu apa dan kenapa. Being supportive. Yakin dan tawakal.
Serah pada Allah..

*************************************************************

My adik and adik ipar..
Kak ngah redha dah.. jangan risau nah..
Dekat dengan Allah, jangan lupa Allah..
Sentiasa minta dengan Allah tika susah tika senang.
Hidup takkan bermakna kalau tiada Allah..
Kuat semangat tempuh kehidupan, kerana matlamat kita akhirat sana..
Mesti cari rezeki halalan toyyiba..

Jaga hati..
Jaga diri..
jaga iman..

#habis #sudah #fasa #stress..


Friday, December 12, 2014

Kehidupan ini sebenarnya............




Kehidupan ini sebenarnya macam bola.. Mana mana kita pergi pun setiap satunya ada ceritera tersendiri.. Macam aku jugak, ada ceritera hidup sendiri..
Petang itu sebelum tunggu maghrib.. Aku dengar bebelan panjang tanpa henti dari kakak yang comel ni..

Ya, yang pasti ianya kehidupan..
Dengan riang gembira perut berbunyi tanda meminta makanan..
Tak mengapalah, sudah biasa lapar..huhu. Istilah orang tua DIET!!
Aku kadang tak pasti boleh atau tidak untuk cerita semua ni. Tapi aku cerita sebagai pengajaran, pelajaran yang kami berdua sama sama lalui. 

**************************************************************

Dan haritu hari paling lewat aku balik kerja. Ada la sampai rumah dekat jam 11.00pm. Okeh, ni memang stress. Dengan anak ramai tetibe, space needed for triplet. Time tu jugak suruh aku transfer out baby. Apa lagi betapa ringannya mulut aku..heee, minta maaf la. Ada jugak la sikit bising dengan pakar..huu..
Allahu, kerja tak dapat apa pun haritu, sebab berleter.. Dan tergolonglah aku orang yang rugi pada hari itu. Esok kerja pagi, bertambah huh! Minta maaf, minta maaf.

Nak dijadikan cerita, adik ipar aku ni ada masalah. Staff dia 'short'kan duit dalam akaun. RM5000! Mana nak cari weh! Giler aku tak stress. Ni bukan stress, boleh dikatakan meroyan jugak la aku time tu. Tido tak lena, nak kerja apatah lagi, malas tahap gaban! Nak kena bayar haritu jugak, kalau tak kena tangkap! Hah? what the fish betul!
Esoknya, aku call la member member, ada tak yang boleh tolong, untuk topup RM3000. Siapa yang nak bagi? Masa tu aku tawakal jela. 

Handphone tu memang tak berhenti berdering la. Dari malam tadi, sambung esoknya sampai la beberapa hari berturut turut. Aku suruh buat report polis bagai. Panjang la ceritanya. Aku pun takdela faham sangat kisah depa ni.
Tapi aku kesian dekat adik aku ni. Depa minta aku buat loan. Aku bangkang la! Banyak tuu!! Aku usaha habis daya tanya kawan kawan jugak. Memang ada yang boleh tolong, tapi tak dapat banyak la. Putus harapan. Loss! Pakai waze pun, waze tak dapat nak setel.

Jumaat. Tiga hari berlalu. Masalah tak setel. My mom ada la kat KL. Anak adik plak demam. Aku drive datang KL dengan junior aku tuh. Kami orang nak attend program dengan Habib Omar. Masa tu, aku paksa gak depa semua ni ikut. Tak nak pegi lagi tu. Anak demam, cirit. Ya, aku faham semua tu. Tapi jiwa yang tengah kosong ni sebenarnya Allah sedang tegur.

Mungkin kita dah jauh dari Dia.
Mungkin kita dah abaikan Dia. 
Mungkin kita dah lama tak dekat dengan ulama. 
Jadi ambil pelajaran dan pengajaran. 
Sebab itu tiap tiap manusia akan diuji dengan harta. 
Baik yang miskin atau kaya. Ujian harta itu ada.

Pendek cerita, muntah la anak buah aku yang comel ni. Muntah atas baju sweater aku. Aku cakap kat depa, biarkan dia muntah. Aku pesan awal awal. Niat nak pergi ni kena betul. Niat anak cepat sembuh. Masalah selesai. Banyaklah wasiat yang aku jirus..huhu..

Masjid Muadz bin Jabal.
Bau kasturi itu! Takkan aku lupa, sampai harini aku teringat. 
Alhamdulillah. 
Allah izin aku bau haruman itu.. Tersentuh bakhang! Lepas lepas dari itu..hmm..
Aku pegi buat loan RM5000. Tapi takkan dapat sharp la, kawan aku la yang bantu separuh.

Allah. Start dari tu, aku dah tak amik part dah. Tawakal, redha jela..
So, apa yang aku dengan kakak tu sembang, aku post next time la.
Panjang panjang gini korang pun tak nak baca kan.

Kesimpulan untuk harini.
Tiap tiap manusia itu musibahnya tak sama.
Tapi macam yang aku cakap tadi..
Miskin atau kaya..
Pasti akan diuji dengan ujian harta..

Ingat Allah, dekat dengan Dia..

Friday, December 5, 2014

Hidayah itu makcik hati saya!!

Testing..huhu

Ini testing saja-saja..huhu..
Berniat dan berhasrat untuk terus begini.. ameen

Allah..
Betapa mahal harga taufiq dan hidayah yang Allah berikan..
Sehingga saya masih lagi mampu untuk berdiri dan menyebarkan sedaya upaya saya..
Zaman zaman kegelapan ------->> sayonara terbang tinggi dari saya!
Terima kasih dengan zaman zaman itu..
Yang dah banyak mengajar saya..
Yang dah banyak mengubah sudut kehidupan saya..

Betapa nikmat dan indahnya makcik saya tu..
Tak terbayar dengan hutang darah..
Cuma saya pinta, Allah jaga hati saya..
Terus lorongkan saya ke jalan yang Dia redhai..
Tetapkan saya dengan kekuatan dan semangat..
Kerana saya seorang manusia..
Adakala saya jatuh..
Adakala saya qawiy..

Kurniakan sahabat yang soleh solehah..
Yang mereka juga pernah bersama sama saya pada ketika dahulu..
Ini jalan!
Jalan nikmat yang Allah berikan..
Jangan kita dustakan..
Jangan kita abaikan..
Tapi genggam erat ia..
Berikan hak yang benar pada ia..

Kerana taufiq dan hidayah itu bukan datang berkali kali..
Sekali cuma..!
Sekali dan tidak boleh diganti..
Sepanjang perjalanan hidup saya..
Saya bukan kejar raih title solehah untuk dipertonton!
Tapi saya nak jadi SOLEHAH..
Untuk mak ayah saya..
Untuk adik adik saya..
Untuk bakal zauj saya yang saya belum ketahui siapa dia..
Untuk sahabat sahabat saya..
Dan yang paling utama tiada dua..

Untuk Allah dan Rasulullah saw..
Kalaupun saya bukan yang terbaik..bukan yang cemerlang..
Tapi itu semua harapan dan impian saya..
Harapan dan impian bagi mereka yang kembali pada fitrah hidup bertuhan..

Kerana harapan itu selalu ada..
Kerana kita semua pendosa tiada noktah..
Kembali pada Allah..
Kembali pada Islam yang sebenar..
Kembali pada Al Quran..

USAHA
USAHA
TERUS USAHA!!

Hidup.. perlu kita contohi para sholihin..
Yang kurang tidurnya..
Yang banyak jaganya..
Tegakkan Islam dalam diri..
Maka tertegaklah Islam di muka bumi..

Minta dengan Allah agar meletakkan segala kesibukan dunia di tangan, akhirat di hati..
Sesuai dengan hadis sahih yang saya belajar..

Sabda baginda, Rasulullah saw :-

"Barangsiapa yang akhirat menjadi obsesi, Allah menjadi hatinya kaya, urusan lancar dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Barangsiapa dunia sebagai obsesinya, hatinya miskin, urusan gundah gelana, dunia datang kepadanya sebatasnya"
Jadi..dunia ditangan, akhirat di hati!

Thursday, November 27, 2014

Masa itu berlalu pantas!


Allah..
Ingat lagi waktu kecil kami..
Beralaskan tikar, berdindingkan kayu..
Beratapkan zink..
Kala siang membahang la ia, kala malam kesejukan la ia..
Pondok buruk itulah tempat kami tiga beradik membesar..
Tempat main sewaktu kecil kami..
Tempat tidur sekeluarga kami..
Dan tempat abah dan memberi perlindungan kepada kami..

Allahu..
Begitu pantas masa berlalu..
Tanpa kita semua sedar walau sedetik..
Alhamdulillah, nikmat yang Allah pinjamkan ini tak lama, sebentar cuma..
Persinggahan kami semua di dunia..
Sebagai bekalan di akhirat sana..

Alhamdulillah.. syukur!!
Saya dah lalui zaman zaman itu..
Dan saya rasa adik-adik saya dah lalui..
Moga Allah pimpin hati-hati kami ini untuk tertaut padaNya dengan lebih erat..
Tanggungjawab sekarang, adik lelaki saya dan adik perempuan saya..
Allah.. 

**mohon doakan ya**

Ingat lagi tak saya pernah cerita tentang adik saya?
Alhamdulillah, sekarang puteri sulong dah dua tahun, putera sulong setahun..
Dua-dua budak kecik ini, selalu saya culik..huhu
Tak kisah la pergi shopping ke, pergi jalan-jalan ke, pergi majlis ilmu ke..
Make sure ibu ada la! Kalau tak goreng pisang la saya! huhu
Pernah je tak bawa ibu, cuma anak-anak tak seronok mana la..
Kena berkepit dengan saya je..huhu
Dah besar dah budak dua ketul ni..
Semoga Allah melimpahkan kerahmatan ke atas ulama kecil yang saya sayang ni..
Soleh dan solehah..

Ada banyak yang saya perlu ambil pelajaran dan pengajaran selama kita masih berjalan atas muka bumi ini..
Hatta satu saat pun ada keistimewaannya..
Banyak orang saya jumpa, banyak ragam dan rencah..
Orang yang jumpa saya pun akan geleng kepala tanpa henti..
hahaha..

At the age, i just focus on my future..
Nak jadi orang yang macam mana..
Nak train dua ketul budak kat rumah macam mana..
Nak tunjuk contoh macam mana..
Nak ada keluarga yang macam mana..
Macam-macam la nak..

Well, perempuan memang akan fikir sekecil-kecil perkara..
Berbanding lelaki, ambil mudah sangat..huhu
Tapi inside, tak tahu apa yang dorang pikiaq!
Alhamdulillah, Allah memang cipta fitrah perempuan ni macam ni lah..huhu

Dan hari ini!! Saya dapat kawan baru..
Allah, moga kami sama-sama kuat nak cari redha Allah..
Redha Allah yang kami tak pernah cari pun sebelum ni..
Bukan bangga dengan kejahilan yang sudah ditempuh..
Tapi dengan pengalaman ini, Allah hidupkan hati kami semula..
Allah kembang biakkan kefahaman kami semula..
Allah tanam benih-benih keimanan semula..
Allah campak rasa tenang dalam hati..

Kena ingat.. ingat betul-betul..
Tiada yang abadi dalam dunia kecuali mati..
Mati, proses yang kekal dan takkan terhenti..
Ibarat kita balik tunjuk buku rekod pada mak ayah..
Biru semua, dapat la hadiah..
Merah banyak, dapat gandaan hadiah..haha

So, lets raise our hand!
Said  

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH!!


Fisrt time..

Kegembiraan kemelandaan, 

Keterujaan, 

Sekelumit kesedihan je..huhu

Allahu.. Allah...
Sungguh Allah itu Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Syukur, Allah izin saya lepak dengan kakak ohsem dan gojes sorang ni!
Memang setiap kali keluar, dengan kakak sorang ni jela..

Alhamdulillah, 

Tabarakallah, 

Masya Allah..!

Setahun setengah, hampir dua tahun rasanya..
Saya lihat setiap perubahan dalam diri kakak saya sorang ni..
Dari seorang yang shy-shy cat, sekarang dah oustanding!
Berani ke hadapan, dan berani ber 'grooming' huhu
Tapi apa yang sama is..
Akak tetap seorang yang berpendirian tegas!
Itu saya suka.. She always take care of me!

Alhamdulillah..
Dalam saya duk suap mee kari laksa made by chicken rice shop! (haha)
Mata telinga fokus dengan penyampaian akak untuk.....

Jeng.. jeng.. jeng...

Untuk program motivasi dengan adik-adik!
First time tauuu!!
So, she quit stress and nebes laa..
Dengan ini, dia dah habiskan beberapa hmm.. shopping-shopping..hahaha
Termasuk la saya sekali!!
Dan yang paling penting, program tu jatuh pada hari lahir kekanda saya ni..
Big moment for her.. (senyum sampai telinga...bwerkkk)

Allah..
Nak cakap yang akak tabah..
Ayah sakit, sedang dalam chemotheraphy.. T.T
*saya mohon awak semua sedekahkan al fatihah, doakan ayah kuat semangat*
Minggu ni adik akak konvo di Kelantan, ayah yang tengah sakit tuuu, nak jugak terbang pi sana!
Allah, kuatnya semangat ayah..!
Dan dengan jadual akak yang sangat padat!
Ke hulu, ke hilir..
Program sana, jemputan sana sini..
See.. I really like her PA kan..
Well..huhu

To kakak, i know u memang takde blog dan i memang sengaja tulis dalam blog because of Fb is really not my medium to wrote this letter  --- oke saya akan dikecam hebat dengan bahasa rojak ini--
Minta maaf teacher Tam..(eh tetibe huhu)
Keep holding on! Move and make a changes..
You changes me a lot.. Alhamdulillah..

Jazakumullah with this!!
' take care adik, love you'
'Love you too sis'

Tuesday, November 25, 2014

Akal blurr??



Okeh dengan 10 kali lafaz serius aku blurr..
Rasa nak jerit tanpa henti..
Rasa nak berlari keliling kereta.. > ni je aku mampu sebab tengah penat <

Allah.. Allah.. Allah
Kembali memandang langit yang gelap. Sebab hari dah malam...eheh!
Maafkan aku ya Allah, kerana aku ini hamba yang hina, kerdil dan tak layak pun nak berbumbungkan langit Mu..

Tapiiii...
Kerana rahmat dan kasih sayangMu aku hidup..
Kerana rahmat dan kasih sayangMu aku berdiri dan berlari..
Makan dan tidur..
Nampak macam poyo, tapi ini hakikat diri kita semua..

Selain bangun tidur, tidur, makan, mandi, berdiri, berjalan dan sebagainyalah..
Apa yang kita buat untuk lahirkan rasa syukur pada Allah swt?
Acapkali kita lupa awop heii... bukang saya soram je lupa..
Allah!

Allah, Engkau dan sentuh qalbu aku nih..
Dan aku kena bertanggungjawab dengan segala amanah dariMu..
Kuatkanlah langkah perjalanan aku menjadi hambaMu..

** Tacing la lagu tika dinihari nih..wuarghhh **

Kita semua yang Allah dah sentuh taufiq dan hidayah,
Yang Allah dah bagi hint dari gerak hati tu..
Janganlah kita bertangguh lagi..
Maju ke hadapan..! Ibarat kita aim nak kurus, mesti kita joging tiap-tiap hari, jaga makan, jaga minum, semata-mata nak kurus! Macam itu jugak dengan pakcik yang berkapel dengan makcik taufiq hidayah ni. Dia mai, kita tangkap!! Letak dalam jantung ketat-ketat.

Haa... ni faham ke tidak!
Jangan duk cakap poyo je dari tadi..
Amati molep-molep! Huh!

Azam aku dengan korang semua harini..
Kita lazimi zikrullah, lazimi selawat ke atas Nabi Allah..
Doakan aku jugak..
So sekarang, aku nak sambung rutin manusia biasa iaitu tidurrr
Sebab esok kerja lagi..

Adios amigos, cinta terahir dari aiman (eh, tetibe -_-)
Assalamualaikum!

Monday, November 24, 2014

Dunia aku dunia kau jugak...


So sama-sama la belajar, tak payah nak selfish sangat!
Hurmm...

Aku akui jugak la, aku agak memilih dengan siapa aku berkawan.
Bukan aku tak kawan dengan hmm..hmm..
Aku kawan je, keluar jalan-jalan, makan-makan, lepak-lepak..
Tapi aku tetap memilih jugak la weii!
Ikut korang aa nak kata aku bajet ke kerek ke..

Aku tahu la kemampuan aku tara mana, aku  ni cepat keluar dari landasan sikit. Al maklumlah bab kata kawan aku tu..

'Terkedek-kedek' haha..

Jadi aku tetap memilih buat masa ni. Bila aku rasa tak suka dengan perangai beberapa ketul manusia tu, aku bangun dan blah.. Takdela tak kawan.. huhu..
Bila dorang tanya atau minta pendapat tu, aku bagi jela idea yang seciput ni je..

Dalam quran, korang semua sila belek dan baca quran dan tanda la..
Dalam quran, Allah ada sebut tentang kawan masa kat masyar.
Aku setiap kali baca, gerun jugak la..

Kawan ni dekat akhirat nanti kita akan saling salah menyalahkan. Awat hang tak tegur aku dulu? Semua salah hang. Hang la yang bersalah. Aaaaaaaaaaaaaa, aku trauma! Kawan yang kita memang berkawan, kalau hang sayang diri hang, sayang kat mak pak hang, abang kandung hang, hang sayang kat aku.. aku nak ajak hang mai la pakai dress + shawl yang aku selalu promote tu. Mai la pakai telekung yang hang beli kat Jalan Tar tu.. :'(

Ni jugak salah satu punca aku memilih. Tapi aku tak menolak dorang mentah-mentah. Aku usaha jugak, yang nak bagi tetap Allah. Macam kisah Rasulullah dengan pak sedara dia la. Hah, siapa? Cari sendiri. Huh!

Rasulullah sayang bakhang dekat pak sedara dia ni. Pak sedara dia ni, selama Rasulullah bawak dakwah, pakcik dia pelindung sejati. Tak boleh ada sesiapa pun usik Rasulullah. Jentik apatah lagi. Rasulullah dakwah dekat keluarga dia, dekat pak sedara dia. Bukan pak sedara dia tak faham. tapii..

"Kau takkan dapat beri hidayah pada orang yang kau sayang, melainkan aku."

Lebih kurang macam ni la ayat yang Allah cerita dalam Al- Quran. Sampai hari kematian pak sedara Rasulullah, baginda tersangat sedih. Diriwayatkan seksa yang paling ringan pak sedara baginda ini, adalah memakai terompah (selipar), yang gelegaknya sampai ke otak.. Allahu, allah..

Allah..itu seksa paling ringan..
Aku sayang hang, hang sayang aku..
Macam hepi femili dah..
Mai kita usaha balik ke jalan Allah..
Balik kat Islam..

Dan hari itu aku mengenal mereka..


Bermula dengan menghadirkan diri dibeberapa majlis qasidah..
Mengikuti dengan rasa tenang dan lapang..
Dan dengan qasidah-qasidah ini mendekatkan diri dengan sirah nabawiyyah..
Buat orang biasa macam aku ni sesuai dah.. Step by step..
Hati kena kuat! Biasala nates nates memang biadap nak lemahkan semangat..

Bulan berganti bulan..Tahun berganti tahun.
Dan 2014 permulaan berjinak dengan taalim yang lebih terbuka. Bukan tak pernah ikut taalim.. Cuma taalim kali ni beda. Alhamdulillah, cuba juga mengikuti dengan usaha yang gigih. Bukan mudah, hendak pada kebaikan semua kena usaha kuat.

Lawan rasa malas.
Lawan rasa konon-konon tak layak.
Lawan rasa konon-konon bajet aku bagus.
Lawan rasa konon-konon belum bersedia.

Tajdid niat sungguh-sungguh, yang aku nak tanam semua hasil ni untuk negeri abadi.
Aku niat untuk mak ayah aku sekali.
Adik-adik aku yang dua ketul tu.
Kalau tiada pemula takkan ada yang akan mula.
So,aku pun gerakkan semua keringat.


Cuma..
Ikhlaskah aku?
Ikhlas... Nak hurai bab ikhlas ni sampai esok malam pun tak habis.
Jadi aku buat kesimpulan ikut akal terbatas aku ni..

"Korang pergi banyak program tapi tetibe terdetik niat korang bajet bagus, koranglah hebat sebab boleh buat semua, terus ikhlas tu tak sampai. Macam mana rasa tak sampai? Korang tak dapat apa pun lepas balik mana-mana program. Nothing.
Jadi, sebelum keluar rumah, tajdid kemas-kemas nak cari ilmu Allah dan usaha kuat-kuat untuk beramal." 

Aku punya pengalaman hampir setahun setengah duduk dekat bandar hiruk pikuk ni, dengan jalan yang memang aku selalu failed. Baca waze pun aku tak pandai, entah macam mana Allah izin leh sampai jugak tempat-tempat macam ni. Alhamdulillah.. tabarakallah.. Kawan aku yang bawak sebenarnya..jzkk la awop!hehe.. Adik yang duduk dekat Key El tu takdela selalu teman sebab masa tu anak-anak dia kecik. Adik pun study lagi. So rumah adik memang rumah kedua aku la. Sekarang anak-anak adik dah besar, boleh la aku rembat anak dia teman aku gi taalim! wakakak..

Eh..lupa nak share..
Disebabkan aku kerja shift, jadi masa tu memang aku susun tahap giga lah!
Kalau aku kerja pagi, balik rumah aku siap-siap la pi taalim. Kalau kerja malam, biasanya petang sebelum asar tu ada usrah. Pernah sekali aku kerja malam, usrah + ziarah sahabat sampai dekat maghrib. Singgah solat dulu. Aku dah berdebor dah takut lambat, dengan jammed lagi. Perghh!
Makcik bawak kereta 20-30km/hour.. Aaaaaaa nak nangis tahap gaban. Rasa nak marathon la la tu jugak! Dah sampai hostel aku terkejar-kejar la bersiap.. huhu..

Nak cakap yang sebenarnya, makcik yang bawak kereta slow ni, mulut dia tak lekang sebut Allah.
"Allah ada.. Allah mudahkan.."
Malu teman..hihi..

PENAT..PENAT..PENAT!

Giler tak penat? Rehat kejap-kejap..huhu
Penat, tapi kalau dilayan penat aku lagi la tak dapat apa.
Katakan pada penat.. "Wahai penat, kuatkan aku. Nak pi cari ilmu nih."
Nyah kau penat!

Selalu jugak la aku balik program lewat pagi..
Biasa dalam jam 1-2 pagi, include driving ni ea! Esok kerja pagi. hoh!
Memang tercabut biji mata..
Nak cakap nikmat yang Allah kasi pinjam tu, takde siapa pun boleh ganti..
Sejak dari tu, aku jadi sayang dengan majlis-majlis ni..
Allah izin aku duduk dengan ulama-ulama..

Paling latest nih! Dapat la dengar muzakarah Syeikh Nuruddin, ulama nusantara nih..!
Biar la orang nak kata aku baru nak dengar ke, baru nak berguru dengan Syeikh ke, kisah apa kan.
Aku suka Syeikh ni, walaupun aku tak faham sangat dialek Syeikh..hehe

"Kalau tidak kerana guru, mana mungkin aku kenal Tuhanku."

Kota ini akan berubah, dekat dengan Allah..
Dekat dengan Islam..
Dan untuk tinggalkan kota ini, mungkin susah untuk aku yang baru nak belajar.
Allah, mudahkan urusan kami semua..

Haaa, satu lagi!! Aku pernah sesat dekat Key El nak jemput kawan aku je pun. Masa tu tawakal jela dengan waze yang menggila atau aku yang menggila. Haha..
Boleh cakap macam buat road tour. And last, aku jumpa jugak jalan, terus meluncur pi Putrajaya. Ada qasidah.. hehe.. So, aku gunakan khidmat kawan aku tu baca waze! Rupanya dia pun tak pandai baca waze! Hahah.. memang kitorang tawakal jela time tu..wuuuu..

Kesimpulannya, kita ni manusia memang suka cipta alasan untuk belajar ilmu agama. Niat ada jangan tangguh, jalan je!

Kerana kau, aku mula berbicara..

Pagi yang tenang itu disinggah oleh bunyi mesej dari seseorang yang aku kenal..
Mencecah 10 tahun..
Berbumbung di sekolah yang sama..
Beratap di asrama yang sama..
Memegang jawatan yang sama..

Allah...

10 tahun itu masa lalu aku yang penuh sia sia tanpa noktah..
10 tahun itu mendidik menjadi bagaimana aku yang sekarang..

Syukur... Alhamdulillah.. Tabarakallah..

Allah pilih aku dalam berjuta kelalaian hambaNya untuk tunduk sujud pada Yang Maha Esa..
Allah pilih aku dalam berjuta hambaNya untuk kembali dalam redha Dia..
Sungguh luas kasih sayang Allah pada aku tika ini..

T.T


Sungguh..

AKU PENDOSA TANPA NOKTAH.

*****************************************************************************

"Aleeya, tolong la selamatkan aku! Aku nak lari dari semua masalah yang aku hadapi sekarang. Suami aku dah tak ambil berat tentang aku. Dia buat aku macam ada tiada. Dia buat aku wujud tak wujud. Aku ni siapa?! Dah bermacam cara aku buat. Tapi dia langsung tak pandang. Aku nak lari. Aku dah tak tahan!"

Tepat lirik mata aku pada setiap bait ayat itu. Suasana bising tidak lagi aku hirau. Akal aku mula berputar ligat mencari ayat untuk si dia yang kekeliruan. Apa ayat cerai jalan terbaik? Naudzubillah!

Aku biarkan dia dengan soalan yang tiada jawapan. Fokus aku kini pada kelas taalim. Fokus hati dan akal aku pada syeikh nusantara tersohor itu. Sejam, dua jam berlalu dengan begitu pantas!

"Assalamualaikum.. Maaf lambat beri respons. Tenang-tenang la dulu. Lari dari masalah bukan penyelesaian yang terbaik. Malah ia hanya akan membebankan. Sebab? Masalah for sure punya 'i follow u'. Aku bukan yang terbaik untuk bagi cadangan or else. Apa yang aku boleh cakap pada kau sekarang, kau baliklah pada Allah. Aku, kau dan manusia yang lainnya merancang. Tapi sebaik-baik perangcang tu Allah.


Tarik nafas panjang-panjang. Ekor mata beralih pada anak kecil yang bermain girang. Allahu. Anak anugerah terindah. Ulama kecil yang berwibawa, insha Allah.


"Aleeya, sungguh aku terlalu benci dengan sikap dia! Tapi jauh dari lubuk hati aku, aku sayangkan dia. Kami dah punya anak Leeya. Sikap dia Leeya, sikap dia buat aku benci"!


Nur menghempaskan segala perasaan yang terpendam. Lima tahun perkahwinan.

Bagi aku itu sudah cukup lama untuk pasangan suami isteri belajar dan ambil pelajaran. Kisah Nur ini sudah seringkali hinggap di telinga aku. Kali ini berbeda. Hmm.

" Aku rasa kurang kasih sayang dari dia Aleeya. Aku dah tak rasa dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Aku ni Leeya, ibarat tunggul."


Esakan tangis Nur makin kuat kedengaran. Jauh dari sudut hati Nur dia masih sayangkan hubungan perkahwinan ini. Nur semampu boleh mahu ia seperti pasangan yang lain. Aku mengerti itu, kerana aku juga wanita. Aku juga wanita yang dambakan kasih dan sayang suami. Yang dambakan keluarga bahagia. Kerana aku juga wanita. Jerit batin Nur tiada kedengaran. Simpati menyelubungi hati wanita tabah ini.


" Hmm.. Nur, baliklah pada Allah Nur. Allah segala-galanya. Allah Maha Tahu Nur. Aku manusia biasa, aku tak mampu beri jalan keluar pada kau. Aku boleh jadi pendengar yang baik, tapi aku bukan penyelesai jalan. Baliklah pada Allah. Muhasabah, mungkin kita dah jauh dari Allah. Mungkin kita lupa pada Allah. Perbaiki solat kita, perbaiki diri kita. Bacalah Al-Quran dan tafsir Nur. Jangan kita menghalalkan yang haram. Kau faham kan maksud yang ini?'

"Nur.. tak perlu ikut orang lain. Tak perlu ubah diri kita dekat dengan kejahilan, tapi ubah diri kita untuk dekat dengan Allah. Saat pertama kali kau terima dia menjadi suami kau, saat itu kau kena terima baik dan buruknya, kelebihan dan kekurangannya. Kau yang pilih dia. Kalau dulu kau kahwin kerana cinta tanpa mengenal cinta Allah, sekarang kau baikilah bahawa kahwin itu kerana Allah. Isthikarah dan taubat tiang kita Nur. Kerana kita manusia, pendosa tanpa noktah."


Nur tenggelam dalam tangisan yang tiada henti. Aku faham hati wanita ini. Perkahwinan bukan sekadar kau dan aku. Tapi perkahwinan adalah permulaan segala kehidupan. Permulaan kepada kisah cinta yang sebenar. Permulaan kembara bagi setiap pasangan. Berilah hak cinta sebenar pada Allah azza wajalla. Cinta, apa-apa yang tidak membawa ke syurga itu bukan cinta. Terbanglah dengan pasangan kita ke syurga, negeri abadi tiada ganti. Allah.


Aku bukanlah orang yang layak untuk berbicara tentang cinta dan perkahwinan, malah aku bukan juga orang yang alim untuk meminta pendapat. Tapi kerana kau, aku berbicara. Nur, kau sahabatku yang aku kenal lama dulu. Mana mungkin aku biarkan kau sendiri. Tapi aku juga tiada daya. Aku juga.. arghhhhh!


"Aku tak mampu Leeya. Kenapa aku diuji begini Leeya, kenapa aku.?"


"Kerana Allah tahu sebatas mana kemampuan kau." 


Aku tertunduk lesu menyembah bumi. Tiada kata lagi yang aku perlu hembuskan. Aku juga sayangkan kau sebagaimana keluarga aku menyayangi kau Nur.

"Aleeya, aku selalu berhias yang tidak mengikut syariat, semata-mata nak pikat suami aku. Tapi Leeya ternyata aku silap. Aku silap besar. Semua itu sia-sia."


"Pergilah kau tenangkan diri jumpa Allah. Baiki solat, baiki diri, baiki segalanya. Kau serahkan suami kau pada Allah. Redha . Biarkan saja suami kau Allah didik. Biarkan saja suami kau dengan Allah. Serah secara mutlak pada Allah. Dan kau, dekatkan diri dengan Allah."


Aku biarkan dia keseorangan. Dan aku biarkan dia dengan esakan tangis. Anak kecilnya merengek, minta susu barangkali. 


Ya Allah, aku belum di uji dengan yang satu ini. Tolong ya Allah, kurniakan aku suami yang soleh yang akan membawa aku lebih dekat denganMu juga RasulMu. Yang akan memimpin tanganku ke syurgaMu. 

Nur.. 
Kerana kau, aku berbicara.

Wednesday, August 13, 2014

Fitrah cinta hak siapa?

Assalamualaikum wbt!

Lama tak bersua laman nih! Masing-masing sibuk sampai lupa sesawang semakin berabuk..shiuhhh..shiuhhhh
Penuh ni ha habuq.. Allah!

Harap semua sihat..insha Allah..

Disebabkan saya baca tajuk cinta maka dengan ini secara rasminya saya nak cakap tentang cinta lah.
Sila bukak mata besar-besar. Tak dapat banyak, dapat sikit pun jadilah. Mudah-mudahan hampa semua lebih faham dari saya faham. Ameenn..

Cinta ni hidup. Tak pernah sekali saya tengok cinta ni mati. Cinta ni mati bila kita diperbodohkan dengan cinta. Yang biasa kita sebut cinta itu  buta. Ha tu yang jadi mati. Sebab apa? Sebab dah diperbodohkan oleh cinta.

Cinta tak pernah buta. Tapi kita yang pi butakan mata kerana cinta.
Cintalah kalau mahu bercinta..
Tak kata salah aih hang nak bercinta..
Kan FITRAH!

Haa.. Bab cinta dan fitrah.. saya harap semua faham laa..
Macam mana kita nak kawal rasa fitrah kita itu untuk lebih tersusun
Jawapannya..Kembalikan hak cinta itu kepada yang memberi cinta..
Yakni... Allah swt..

Pokok pangkal hati kita..
Kehidupan kita..
Fitrah kita..
Perlu serah pada Dia..

Point yang paling pentingg sangat dekat sini..
Kembalikan hak cinta itu kepada yang memberi cinta..

Dan saya sebenarnya bukanlah orang yang layak untuk berbicara tentang cinta dengan lebih mendalam..
Terus tersenyum dan sebarkan kasih sayang!

Wasalamualaikum wbt.

Wednesday, April 23, 2014

...@@@....................

May ALLAH ease u in everything u do!!!

...mungkin tak terluah dengan kata-kata, tak tergambar pada riak wajah, tak terbayang dek halusnya bicara...

SERIUS! Saya rindu!!!

will always keep u in my du'a~

May ALLAH hears...



Monday, April 7, 2014

Kamu buat saya gembira!


Pakcik Yusman!!
Salah seorang pakcik yang sangat saya respect!
Keperibadian dia..
Kelembutan dia..
Keramahan dia..

Makcik su juga!!
Zaujah pakcik Yusman..

Saya sangat sayang mereka berdua..

Harini ini saya tersenyum dengan doa-doa mereka..
Mereka layan saya macam anak sendiri..
Terharu!!

Yang buat saya rasa tergeletek!
Pakcik bising-bising..
Bebel-bebel suruh pegi MANDI!!
Takut lewat pegi keje!!huhu

Tang doa minta jumpa jodoh lagi pakcik bising..
Lucu nah pakcik ni..
May Allah bless you pakcik!

Ini saya!

kredit!


Bismillah..
Tarik nafas panjang..
Lama kan tak buat kerja-kerja pembersihan sesawang..
Kalaupun blog ini tidak punya pembaca..
Setidaknya penulisan ini punya penghuni..

Hilang?
Jatuh terkulai layu dekat tasik madu?
Bersepah susunan langkah..?
Ini saya..
Cuma manusia biasa..

Yang lahir dari longkang kejahilan..
Keluar mencari sinar harapan..
Dan sinar itu sentiasa berada di hadapan..
Mari dekat denganKu..

T.T

Banyak..Banyak sangattttt!!
Jauh rupanya..
Siapa saya untuk melawan takdir yang telah ditadbir?
Siapa saya untuk menolak takdir yang sudah ditadbir?

Beza kan?
Faham betul-betul na..

Berdiri saya dengan jalan ini

1-Kerana Allah yang memimpin hati..

2-Kerana Allah yang sudi gapai tangan saya tatkala saya jatuh terkulat-kulat..

3-Kerana Allah juga yang sentiasa sapu air mata saya saat saya fed up dengan kehidupan..

4-Kerana Allah juga yang sentiasa menguatkan kaki saya untuk terus berdiri..

Nah,
Semua kerana Dia!!
Thanks God for everything..

Tapi saya selalu abaikan Dia.
Selalu langgar perintah Dia..

Bila tiba satu saat..
Saya doa sungguh-sungguh..
Tak mau dah buat jahat..
Tak mau dah sembang benda haram
Tak mau macam-macam..!!

Saya rasa Allah sedang tepuk bahu saya..
Melangkahlah..
Aku sentiasa dekat dengan kamu..
Allah!

Siapa saya?
Banyak mana taubat yang saya minta..
Banyak mana permohonan yang saya hantar..
Saya tak pasti..
Apa ia diterima..
Apa ia di reject!

Yang saya mampu..
Husnuzhon..

Moga-moga..
Taubat saya Allah terima..

Allah..
Tolong redhakan saya..
Tolong bantu saya..
Bantu saya jadi..

1-Anak yang solehah..

2-Kakak yang solehah..

3-Pekerja yang amanah..

4-Sahabat yang solehah..

5- Manusia yang memberi manfaat kepada yang lain..

6- Mengajak yang lain pada kebaikan sebelum saya pergi menghadap Ilahi..

7-Isteri dan ibu yang solehah (err..one day insha Allah..huhu)

8-Hadiahkan saya imam yang soleh.. yang sentiasa bimbing saya nak masuk syurgaMu sama-sama..

Sekian dari saya..
Selamat!!

Tuesday, January 28, 2014

Perajurit dakwah... =)

Semakin hari semakin sibuk dengan dunia, hati tak lagi tertumpu pada jalan dakwah.

Jika dulu, semangatnya tinggi untuk berjuang di jalan dakwah...namun kini, dia lalai...

Lalai menghitung, apa sumbangannya pada dunia...

Itulah mereka-mereka yang hatinya terlalu sibuk dengan pentas dunia.

Tidak ada kebahagiaan yang paling besar, melainkan berada di atas jalan dakwah.
pernah merasa hati dirasuki iman? iaitu bila mana jiwa merasa hilang dengan segala keperitan, kepayahan, dan kesakitan ketika menjalankan usaha dakwah... keep smile t0 dakwah and tarbiah... =)

Mari menjadi perajurit-perajurit di medan dakwah!

Tuesday, January 21, 2014

Bengkaknya..

Perjalanan hari itu ditemani ayahanda dan bonda
Sesi ziarah adik bongsu di pusat tahfiz..
Kawasannya kawasan taman..
Penghujungnya punya sekolah menengah kalau tak silap..

Sampai destinasi ayahanda parking tepi je..
Mula rasa hairan..
Ooo..cuma sebuah rumah kecil yang menempatkan beberapa pelajar sahaja..
Semuanya berjubah dan berpurdah..
Diantara mereka ada yang berumur 9-17tahun..
Comel, masya Allah..

Adik keluar dengan jilbab labuh peninggalan kakak..
Malah berpurdah lagi..
Hati ayah dan ibu mana yang tak sejuk..
Dari dalam perut sampai ke alam dunia..

Dalam esak tangis lalu adik mula berkata-kata

"Adik rindu, nak balik."

"Adik nak masuk sekolah. Haritu adik demam. Nak peluk bonda!"

Allah..
Allah..


Kami hanya mendengar dengan penuh kasih dan sayang..
Lalu bonda mengeluarkan suara..

"Adik, adik belajar la kat sini. Bonda tak jauh pun dengan adik. Adik tengok yang umur 9 tahun tu. Adik belajar quran kat sini ya. Insha Allah, tiap-tiap minggu bonda datang."

Ayahanda, bonda melihat saya..
Mengharapkan kata-kata semangat dari kakak yang selalu jauh..huhu

"Alah adik.. relax rrr..Mula-mula memang cmtu,lama-lama mesti taknak balik punyer."

Ayahanda pandang saya!

"Err..kakak solat asar jap!"

Allah..
Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya sesuai dengan apa kemampuan kita..
Berusaha bantu untuk kesenangan dunia juga akhirat..

Adik~

Thursday, January 9, 2014

Memahami di setiap 'cerita'


Dulu..
Suasananya begitu bebas..
Program berunsur hedonisme sangat-sangat berleluasa..
Menyanyi sana sini, menari dengan pelbagai jenis bentuk tarian..
Pakaian apatah lagi..

Suatu ketika..
Saya memandang dengan mata yang penuh pengharapan..
Dengan harapan Allah menyuntik dalam hati mereka..
Menyuntik rasa tashriq, yakni kemuliaan..
Walaupun tidak banyak..

Ketika itu saya berperang dengan nafsu..
Antara kuat dengan tidak..
Sampai la sahabat saya, Nur Atiqah memperkenal dengan HALUAN seawal semester..

Saya yang ketika itu memegang jawatan AJK dalam organisasi..
Membuatkan pergerakan saya agak perlahan..
Tapi dalam diam saya merapati pemimpin-pemimpin saya..
Untuk belajar dan mengutip mutiara ilmu..

RUUHUL AQSO RUUHUNA!

Ya, ini program pertama yang membuatkan jiwa saya tersedar..
Tersedar dari lena yang panjang..
Tersedar yang saya sedang memikul tanggungjawab..

Memandangkan persatuan saya agak sunyi dari program..
Lalu saya berdiri dan mencadangkan program ini pada ketua..
Dengan rendah diri saya tawarkan diri untuk menguruskan semuanya..
Termasuklah proposal, derma dan pengurusan program..

Kemudian..
Saya mula menyampaikan hasrat ini pada sahabat saya, Noor Abidah..
Juga pada kakak senior saya kak Ayu..
Hampir setiap malam saya akan berhubung dengan kakak-kakak yang belajar diluar kampus..
Meminta pandangan juga cadangan..
Menghantar contoh proposal juga contoh surat sponsor..

Hampir setiap malam juga saya akan meminjam laptop akak untuk siapkan proposal..
Turun naik jumpa Pengarah dan yang seangkatan..
Menghantar surat ke YB, ke mydin dan sebagainya..
Ada yang ditolak, tidak dilayan dan sebagainya..

Tika itu saya berasa terlalu lelah untuk teruskan!
Kerja, program, kelas, assigment, exam..
Terlalu banyak!

Pikiran saya pada mulanya..
Awalnya saya menjemput seseorang yang saya kira sangat dikenali ramai..
Tapi ianya tidak menjadi..
Lalu saya berhubung dengan pakcik yang saya sentiasa jumpa..

Apalagi!!
Tengah-tengah Giant pun dapat tazkirah free..!!

"Enti kena buat macam ni dan macam ni....bla..bla.."

Haa, memang banyak ah dapat teguran!
Al maklumlah, fes time kot!
Giler tak haru kepala hotak..

Dan..
Akhirnyaaa!!!!
RUUHUL AQSO RUUHUNA!
Buat pertama kalinya di kolej perawat!

Tidak dinafikan..
Saya juga melalui banyak halangan untuk laksanakan program ni..
Bila jumpa dengan pakcik..
Apa yang mengagumkan saya adalah..
Seawal bicaranya..

"Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad..saw"

Hati jadi tenang..
Bila ditambah dengan peringatan demi peringatan..

"Bila kita tolong agama Allah, mudah-mudahan Allah mudahkan kita.."

************************

"Program Palestin kot!"

"Kena cakap Arab ah pasnih! kihkikihkih!!"

Tap..

Tap..

Tap..

Tapii..

Yang lebih mengharukan lepas sahabat-sahabat saya berlari ke arah saya dan memeluk!

"Tahniah, anda berjaya.."

"Saya menantikan yang akan datang.."

"Tahniah kerana membuka minda saya tentang ummah.."


Allahurabbi..
Sebahagian yang saya tidak ceritakan..
Saya simpan momen untuk diri saya..

My setiausaha yang bertungkus lumus menchantekkan pamplet!
Pertama kalinya..!



Tuesday, January 7, 2014


Baca semula setiap penulisan..
Nanges sendiri!
Jauh tertinggal..
Jauh bertatih..



Bila kita rasa dunia ini terlalu kosong..
Maka isilah ia dengan pengisisan rohani..
Curahkan dengan curahan kasih sayang Ilahi..
Tiupkan hati dengan kehidupan tarbawi..

Bilamana kita rasa tiada siapa yang pedulikan kita..
Kita menangis..
Menangis dan terus menangis.
Bersujudlah..
Berceritalah dengan Dia yang Maha Mendengar..

Izinkan hatimu itu lentok dalam sejadah chenta-Nya!
Gerakkan bibirmu itu dengan ayatNya..
Sentuhkan tanganmu itu dengan manja untukNya..

Tidak mengapa jika pernah jatuh..
Tidak mengapa jika selalu dicemuh..
Satu saat nanti Dia pasti membalas dengan hikmah
Satu saat nanti Dia pasti memberi senyuman..

Berjalan..
Dengan erti hidup bertuhan..

Senyum..

Monday, January 6, 2014

buih-buih chenta dia...~

Tersenyumlah wahai hati yang bersedih


saat kita menempuh onak duri dunia,
derita sekali sekala mencuit hati,
hati remuk menangis tidak henti,
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati,
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi,
dalam terharu,
air mata tertumpah juga,

wahai hamba Ilahi,
begitulah kehidupan dunia,
kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
apa yang Allah aturkan untuk kita,
adakalanya kita tersangat gembira,
adakalanya kita tersangat kecewa,

Namun,
jangan risau manusia,
Allah itu Tuhan kita,
Tuhan Yang Maha Luas Kasih Sayangnya,

Percayalah,
Allah tidak akan menduga hambaNya,
kecuali untuk melihat hambaNya,
tersenyum disana,
tertawa disana,
berbahagia disana,
Insya Allah di syurga,
yang mengalir dibawahnya,
sungai-sungai yang menenangkan jiwa,
Oh,indahnya!

Didalam hati manusia ada kekusutan yang tidak akan terurai,
kecuali menerima kehendak Allah s.w.t,
Wahai hamba Allah,
jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin,
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat
pun pada hari keesokan hari nya,

kesedihan demi kesedihan,
bakal membuat anda menjadi semakinterperuk dalam keputusasaan,
dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna
padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah,
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
serta bebas dari rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan,
air yang manis akan  terasa pahit,
makanan yang lazat terasa hambar,
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu
ingatlah tangisan terindah itu,
apabila butir-butir airmata,
mengalir hangat dipipi,
lantaran terasa diri kita begitu kerdil disisi Allah
dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah,

wahai hamba Allah,
lihatlah disekelilingmu dan teguhkan pendirianmu,
sepanjang hidup dan usiamu janganlah kamu mudah berputus asa,
senyuman yang kau berikan,
dan airmata yang kau titiskan,
simpan...jadikan tauladan,
segala yang kau pandang dan dengar,
simpan buat pedoman...

HEY YOU,THINK POSITIVE OKEY!!
YOU DON'T KNOW EVERYTHING
BUT ALLAH KNOWS EVERYTHING
DON'T BE SAD,
ALLAH ALWAYS WITH YOU,


p/s/: tengs a l0t!!! =)