Wednesday, May 18, 2011

AURAT mu MARUAH mu....

Assalamualaikumw.b.t ,

Pada suatu hari,seorang ibu dan anak perempuannya sedang bersantai di halaman rumahnya,di luar jalan kelihatan 2 orang wanita berjalan berpakaian agak cantik dan nipis ,pakaian bak balut buah nangka,make up,FUHHHhhh jangan cakap boleh la jugak nak kikis wat goreng ikan,,hahahahaha….
          “ibu cantikkan kakak-kakak tu,,comeynya mereka”kata si anak gadis..si ibu pula bertanya pada si anak”cantik yang macam mana anak mak ni maksudkan?”
“cantik la ibu,tengok rambutnya beralun lembut bajunya pulak sungguh berfesyen,make-up die pun comey ibu nampak natural ja”..ibu pula berkata kepada anak gadisnya”tidak anakku anak ibu ni lagi cantik,lagi cantik dari gadis-gadis tadi”.
          “benar ni ibu?”….ibu berkata,”sungguh anakku ibu tidak menipu..anak ibu ni cantik, bertudung litup,baju pun longgar tak bentuk badan,biar kita cantik pada pandangan ALLAH s.w.t , jangan kita cantik hanya pada pandangan hawa nafsu semata-mata..sesungguhnya wanita beriman akan memelihara mata mereka, memelihara kehormatan diri mereka, dengan mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar dalam diri mereka”.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.   
                                                                                           

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”


Tutuplah aurat mu wahai insan bernama wanita,kerana aurat mu itu adalah maruah mu dan dapat menghindarkan kita daripada pandangan-pandangan jahat yang penuh bernafsu…wassalam

                                                

No comments:

Post a Comment