Friday, May 20, 2011

Jalan hidup..

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Agama vs kolot


Seringkali saya melihat ramai pemuda juga pemudi baik yang muda mahupun yang tua sudah meletakkan agama jauh dari pilihan kehidupan mereka.


"Ala,kolot la kau ni,sekarang zaman dah ada trend.Tak pakai macam kau pakai ni"
"Nanti,bila pakcik dah nak mati,pakcik bertaubat la.Masa masih muda"
"Eh apsal plak aku nak ikut cara kau?Cara kau tu zaman dulu kala je"


Aku terkesima...
Sebenarnya,Islam jika bersatu sangatlah kuat..
Ibarat seiikat lidi yang telah diikat dengan kemas hingga tiada siapa yang dapat mematahkan..
Tapi tak sama dengan sebatang lidi apabila dipijak ia patah,rapuh..


Mengeluh,melihat mereka ini terlalu banyak mengabaikan perkara yang berat tapi dianggap remeh..
Terselit satu rasa tanggungjawab yang tak mungkin akan aku abaikan dari kanvas kehidupan..
"Hidup di dunia ini adalah penjara bagi orang-orang yang beriman,syurga bagi mereka yang tidak pernah nak beramal dan beriman."..


Anda bagaimana?
Sudah kenalpasti tahap keimanan?


"Eh mana boleh cakap macam tu la,kita tak tahu tahap keimanan kita.Yang tahu hanya Allah"


Bagus betul jawapan ni,saya sangat suka.Sebab dulu saya pernah mengutarakan juga.Akhirnya saya faham bagaimana seseorang itu dikatakan beriman.
Orang-orang yang beriman dapat menterjemahkan imannya dalam bentuk amalnya.Menjadi qudwah hasanah bagi yang lain.
Contohnya,seorang pelajar tidak akan cemerlang jika tidak berusaha.Jadi,untuk mendapatkan markah yang gempak,pelajar itu harus berusaha.
Berusaha di sini tidak bermaksud hingga kita lupa akan tanggungjawab kita terhadap Allah.Kita harus tawazun(keseimbangan) dalam diri kita.


Dunia sangat hebat!
Memanipulasikan manusia..


Hiburan..


Sukan..


Pakaian..


Duit..
Mengaburkan mata!Tetapi tidak bagi orang-orang yang beriman..


Kenapa saya sangat tegaskan keimanan di sini?
Kerana keimanan itu adalah asas,tapak dalam hati juga adalah kekuatan seoarang hamba.
Adakah manusia itu akan selamat dengan keimanan yang kosong?
Sudah tentu TIDAK!


Siapa yang mengatakan agama itu kolot?
Siapa yang mempersoalkan agama itu harus ditukar mengikut peredaran zaman?


Kalian yang saya sayangi kerana Allah..
Yang perlu ditukar mengikut peredaran zaman itu bukan agama,
Tapi cara kita mendidik diri kita,orang sekeliling kita,anak-anak kita
Tiada yang lebih tinggi dari Islam melainkan Islam itu sendiri..
Kata Nabi,hanya ada dua perkara sahaja yang perlu kita pegang,iaitu..
Al-QUran dan As-sunnah..


Jadi tunggu apalagi?
Jom sahut seruan saya..
Tegakkan Islam..





Doa Keamanan

Ya Allah,berilah pertolongan kepada agama Islam dan kaum muslimin
Binasakanlah kekufuran
Hancurkanlah musuh Engkau dan musuh agama Engkau
Yang Maha Memberi balasan..
Ampunkanlah dosa kaum muslimin dan muslimat
Ampunkanlah dosa kaum mukminin dan mukminat
Samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia


kredit buat iluvislam..




Moga taufiq dan hidayah itu milikmu
Milik kita bersama..
Ameen...

2 comments:

  1. semoga kita sentiasa di bwh rahmat dan hidayahnya..amin~

    ReplyDelete
  2. ameen..
    kita cuma pengusaha,yang bagi hidayah is Allah..

    ReplyDelete