Tuesday, May 17, 2011

usRAh..ape yer maksudnyer....(13/5/2011 di pantai batu buruk)


usrah ;

arab: bermaksud keluarga
 istilah: satu program tetap oleh kumpulan beriman dan menghayati islam

Tujuan usrah ni banyak,antaranya ialah;
1)                          
untuk meningkatkan kefahamna anggota mengenai islam

2)                         
menambah penghayatan dan rasa tanggungjawab terhadap islam sama ada secara peribadi mahupun berjemaah

3)untuk membina generasi islam sebagai "DIN WA DAULAH",generasi islam yang berdaulat.

4)membina generasi islam yang mengenali islam , yang menegak akhlak islamiah , mencegah kehidupan yang tidak islamic

5)membina umat islam yang insaf dan sedar dalam menghadai pelbagai bentuk media yang melalaikan
                          
“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)
6)mendidik perasaan angota agar lebih bertanggungawab dalam menyemarakkan islam

7)menghubungkan anggota-anggota dengan Al-quran dan as-sunnah(melalui tafsir dan hayati keduanya)

8)mengikhlaskan diri anggota beramal kerana ALLAH s.w.t dan bukannya disebabkan malu pada hambaNYA yang lain atau berkaitan dengannya...(membetulkan niat kerana ALLAH s.w.t)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Barangsiapa beramal kerana riya', Allah akan menolak amal itu pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

9)                              
mempergiatkan lagi usaha anggota dalam mempelajari islam

10)memupuk semangat bersaudara di kalangan anggota.~^_^~


wallahua'lam=)


No comments:

Post a Comment