Monday, May 23, 2011

Ubat hati..

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Kekuatan itu


"Saya tak kuat nak teruskan mujahadah,orang sekeliling selalu pertikaikan saya"
"Saya tak tahu nak mulakan camane,susah la kak"
"Camane saya nak tunjukkan kat semua orang dengan penampilan baru ni?"


Pertanyaan ini selalu menjadi hawa telinga saya tatkala berhadapan dengan mereka yang masih meraba-raba mencari kekuatan.Dan saya hanya mampu berkata,


"Kekuatan itu perlu dicari,bukan di tunggu.Contohya hendak berubah kepada kebaikan,mencari taufiq dan hidayah Allah,kita bukan menunggu semua itu untuk datang hadap depan kita.Tapi kitalah yang bergerak untuk mencari.Kitalah yang harus bergerak untuk berjalan ke arah itu"


"Cari dengan mata hati,kebesaran Allah terbukti.Bukan dengan mata kasar.Hanya Allah yang dapat memberi taufiq kepada hambanya untuk beriman"


Firman Allah:"Sesngguhnya kamu tidak akan dapat menberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya,dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang menerima petunjuk."


"Awak cakap senang la,kita berdua tak sama.Awak lain,saya lain"
"Siapa la saya ni nak jadi baik"


Nah,awal-awal lagi dah mengalah!Mana syaitan tak tepuk tangan?Belum cuba,belum tahu.Dah cuba baru tahu!Yakin,janji Allah itu pasti.
Sekarang anda mungkin di uji dengan kawan-kawan yang huru hara.Yang kurang ilmunya tentang agama.Kuat atau tidak kita kena tempuhi dengan syarat niat moga Allah membuka pintu hatinya.


Mendoakan kebaikan sahabat tatkala hati dihimpit-himpit dengan bisikan syaitan,syaitan itu akan lari lintang pukang.
Kerana apa?
Kerana malaikat turut mendoakan doa yang sama sepertinya.
Selemah-lemah ukhuwah adalah berlapang dada dan husnuzhon.
Pesan abah,"Jangan biarkan syaitan menghancurkan awak disebabkan pengaruh orang lain.Anak solehah adalah aset ibu bapa di akhirat."


So,sahabat-sahabat semua,apa pun orang cakap jangan ikut kecuali yang baik dan tidak bertentangan dengan syariat.
Letakkan sebenar-benar iman dalam diri kita.




credit iluvislam




Hakikat sabar


Adakah kita mampu menjadi orang-orang yang sabar?
Saya juga ditimpa ujian dan dugaan.
Tapi ujian itu tandanya Allah masih sayangkan kita,Dan sabar itu sebenarnya adalah key bagi kita sebagai seorang Islam.


"Sabar je la,ada hikmah kenapa Allah buat macam tu,Allah dah aturkan apa yang terbaik."


"Cakap senang la,cuba awak berada di tempat saya.Saya yakin awak tak mampu nak bersabar."


Diam saya mendengar jawapan itu.
Saya tak rasa apa yang dia rasa.Mungkin mudah untuk saya berkata-kata.Mungkin mudah untuk saya menghamburkan ayat.Bukankah sabar itu adalah separuh dari iman?


'Jadilah orang-orang yang bersabar,supaya maruah kita terpelihara.'
Dan hari itu saya belajar erti sabar.Moga Allah tingkatkan kesabaran saya dan paling utama buat kamu yang membaca entry ini.


'Ujian itu adalah salah satu jalan untuk mematangkan diri kita'


Jadi,tunggu apa lagi?
Jom mujahadah bersama-sama saya untuk menjadi orang yang sabar!
Saling lengkap melengkapi.


sabar,jangan bersedih..




Penawar hati


"Ya Allah,sesungguhnya marah itu adalah sifat syaitan dan sabar itu adalah sifat-sifat yang terpuji.Maka golongkanlah aku dalam golongan orang-orang yang sabar.Sayangilah mereka yang membenci dan memusuhi aku dan berikanlah taufiq dan hidayah buat mereka"


Jangan kita biarkan hati kita berkarat macam ni!
Bila hati sudah dipenuhi dengan noda,satu cahaya pun belum tentu dapat menembusi.






Tak nak!




Jadi bersihkan hati kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat.Lembutkan hati kita dengan ayat-ayatNya.
Kekuatan dan kesabaran insya Allah akan menyusuli.




Jom try!




Saya juga masih dalam peringkat renovate hati.
Jom sertai renovate hati.
Moga Allah bersihkan hati kita,insya Allah..Buat sahabat-sahabat yang dalam medan perjuangan,saya tidak menjanjikan jalan ini akan depelosori dengan wangian yang harum.
Kerana setiap perjalanan hidup yang menuju ke syurga ilahi penuh dengan duri.















Moga Allah kuatkan hati saya dan kalian.

No comments:

Post a Comment