Saturday, May 21, 2011

Fahami ukhuwwah..

Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Pada post yang lepas pernah saya menyatakan berkenaan jambatan hati
Akhirnya Allah bantu saya untuk memahami sedalamnya..
Doa kalian amat,amat,amat saya harapkan..


Mengapa perlu berukhwah?


Seringkali saya mendengar ucapan ini "ukhwahfillah abadan abada"
Tetapi adakah kita benar-benar faham akan maksud sebenar ukhwafillah?
Adakah kita berusaha untuk bersaudara kerana Allah?
Teman..
Ukhwah itu sendiri akan melahirkan satu sinergi yang amat luar biasa,sinergi kekuatan ummah.Dimana satu kekuatan yang melebihi dari dua orang.Suka saya ingin melahirkan rasa cinta pada ayat ini:


"Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."(Riwayat Bukhori dan Muslim)


Kita ini dengan mu'min yang lainnya bagaikan satu jiwa,jika kita mencintai saudara yang lain maka seakan-akan kita mencintai diri kita sendiri.Hebat bukan?
Saya sendiri kagum!
Cuma ukhwah yang dibina ada kadangkala ada pasang surutnya,ibarat buah yang tumbuh bermusim.
Tapi adakah kita hendak melabelkan ukhwah yang sebegini?
Yang bermusim?
TIDAK bagi saya.
Sebolehnya saya berusaha untuk berukhwah kerana Allah.


Berukhwah atas dasar keimanan akan menghasilkan keihklasan dalam perhubungan.
Sekiranya ukhwah yang dibina terselit cacat celanya,semak kembali niat kita.
Adakah benar kita berukhwah kerana Allah?
Adakah kita berukhwah semata-mata untuk kesenangan dunia?
Jika soalan ini diutarakan pada saya,jawapan saya adalah TIDAK!


Kenapa?
Kerana saya tidak mahu menjadi musuh buat sahabat saya di akhirat.
Saat saya dan dia menghadap Allah.
Kerana saya takkan biarkan dia terjun ke neraka keseorangan.
Kerana saya akan memimpin tanggannya berjalan menuju ke syurga ilahi.
Kecapi nikmat bersama-sama.


Sebab itu saya selalu risau bila tiada ukhwah dalam bersaudara,jadi kita perlu kuatkan antara satu sama lain.
Kerana kita nak tunjukkan pada semua bahawa Islam itu terlalu indah.
Saya sendiri berasa malu untuk mengutarakan tajuk ini,saya belum pasti saya dapat melakukan atau tidak.
Tapi apa yang penting adalah,perbaharui niat kita.


Selemah-lemah ukhwah adalah berlapang dada dan bersangka baik.
Kita akan dihadapkan di sana.
Saya mahu sahabat saya menjadi saksi untuk saya.


Kisah ukhwah atas keimanan

Ikrimah ibn Abu Jahal,Suhail ibn Amr dan Haris ibn Hisyam.Mereka adalah diantara yang syahid di medan peperangan dengan penuh keindahan.Ibarat isi dengan kuku.

Abdullah bin Mas'ud menceritakan bahawa,bila Ikrimah ibn Abu Jahal gugur,datang seorang lelaki untuk memberikan air kepadanya.Tapi, belum sempat lagi air itu membasahi tekaknya,Suhail ibn Amr meminta air.Lalu Ikrimah berkata "berikanlah air kepadanya,mungkin dia lebih memerlukan".Pembawa air yang tadi tidak melengahkan masa,lalu membawa air itu kepada Suhail ibn Amr,kedengaran pula suara Haris ibn Hisyam meminta air.Dengan rasa cinta terhadap sahabatnya Suhail berkata "berikanlah air itu kepadanya,mungkin dia lebih memerlukan".Apabila pembawa air itu datang kepada Haris,dia dapati Haris telah meninggal dunia,lalu dia kembali kepada Suhail,Suhail juga meninggal dunia begitu juga dengan Ikrimah.

Lihat,bagaimana mereka yang sedang nazak ini ,masih melebihkan sahabat mereka dari mereka sendiri?Sedangkan kita,belum tentu mampu.
Inilah persahabatan atas dasar keimanan!

Itsar dalam ukhwah

Itsar,setinggi-tinggi ikatan dalam ukhwah.Sebab itu kalau kita mampu untuk menanamkan itsar dalam diri kita,kita akan rasa bahagia.Diri mempunyai sahabat yang sama-sama berjalan juga mengejar redha Allah.

Jika ditanya,atas dasar apa engkau bersahabat dengannya?maka jawablah dengan penuh kefahaman serta keihklasan, 

"Aku bersahabat dengannya atas dasar keimanan"

Penutup

Aku dan engkau adalah tanggungjawab aku terhadap Allah,

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf, ayat 67)


Moga Allah sayang kalian..

2 comments:

  1. pupuklah ia lahir dri hati yg ikhlas bukan di paksa tanpa rela...insyaAllah, kemanisannya ukhuwah akn di rasa..

    ReplyDelete
  2. thanks..Rasa tu kena ada2kan dalam hati kita..
    Kena cari sebenar2 maksud...

    ReplyDelete