Friday, May 20, 2011

lidah 00hhh lidah....


(gambar hiasan~^_^~)
Lidah adalah suatu anugerah ALLAH s.w.t terhadap setiap insanNYA di atas muka bumi ini, tanpa lidah manusia tidak boleh berkata-kata,,
            


Namun manusia tidak pernah bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t ini, manusia sering menggunakan lidah kearah alan yang tidak diredhai oleh ALLAH s.w.t,


~manusia yang tidak bersyukur ini telah menggunakan lidah untuk mengumpat


~manusia yang tidak bersyukur ini telah menggunakan lidah untuk menyebut-nyebut aib orang lain


~manusia yang tidak bersyukur ini telah menggunakan lidah untuk memburuk-burukkan orang lain (walhal tidak sedarkah mereka, bahawa mereka telah memburukkan diri mereka sendiri)


~manusia yang tidak bersyukur ini telah menggunakan lidah untuk menaburkan fitnah (fitnah adalah satu perlakuan dengan menyebarkan sesuatu yang tidak benar atau tidak dilakukan oleh orang lain)




masyaALLAH bukankah semua ini akan menyebabkan hati semakin gelap, gelapnya hati maka jauhlah kita dari ALLAH s.w.t…………..mahukah kita bergitu?????renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabatku di luar sana……..pernahkah kita menjaga lidah kita??ke arah manakah lidah yang ALLAH s.w.t telah kurniakan kepada kita??.........mengapa kita tidak pernah bersyukur??tahukan kesan yang kita akan dapat????


HADIS2


Daripada Abu Hurairah: Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab ”Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)” (Fathu Bari. Jld 8:316)
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).




Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)



3  perkara yang menyebabkan ALLAH s.w.t tidak akan menurunkan rahmat-NYA
@Manusia yang sukar atau gemar membicarakan hal-hal keduniaan
@Manusia yang suka mengumpat
@Manusia yang terlalu banyak ketawa



Kesan - kesan


~boleh sebabkan MURTAD/KAFIR kerana menghalalkan apa yang dilarang oleh ALLAH s.w.t


~boleh sebabkan NIFAK dan menjadi MUNAFIK
            Contohnya : mengumpat orang dengan menciricirikan perwatakan seseorng yang diumpat, sehingga diketahui oleh orang lain walaupun tidak menyatakan nama ornag tersebut….wallahua’lam


~boleh meneyebabkan kita melakukan MAKSIAT, maksiat lidah kerana kita mengetahui yang mengumpat itu berdosa tetapi tetap melakukannya



Walaubagaimanapun ia menjadi HARUS apabila kita menceritakan maksiat tersebut bagi tujuan mencegah tetapi bukan bertujuan untuk mengaibkan seseorang….




Sekian,




wassalam J

               



No comments:

Post a Comment