Sunday, May 29, 2011

Dakwah dan Tarbiyyah

Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..




Mencari ketenangan



Allah telah mengizinkan saya sekali lagi untuk mengunakan jari jemari ini menari di medan maya ini.Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan ilham dan ilmu-ilmu ini untuk di kongsi bersama kalian.Moga dengan perkongsian ini dapat menjadi aset buat saya di akhirat kelak bagi membayar segala kesilapan saya tika alpa,leka dan lagha dalam matlamat sebenar.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Rasulullah s.a.w. yang telah berpenat lelah dan berusaha dalam menyampaikan dakwahnya sehingga melahirkan generasi ummat yang unggul.Darah Baginda yang mengalir di bumi Thoif adalah lambang kasih sayangnya terhadap kita.
Bagaimana dengan kita?

Maha suci Allah yang telah memilih saya diantara berjuta manusia untuk menerima hidayah,menjadi muslimah.Juga salam sejahtera buat kamu yang terpilih dalam mendukung  dan penegak agama Allah.Tidak dapat tidak,kita tidak boleh lari dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah.

Allah befirman "..Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi...."

Allah telah berjanji bahawa agama Islam tidak akan luput ditelan dek zaman.Tapi kitalah yang akan luput.Allah tidak pernah perlukan kita,bahkan kitalah yang memerlukannya.Jika kita sendiri belum kisah untuk mengambil tanggungjawab ini dalam menyebarkan dakwah,maka dengan rasminya Allah akan meninggalkan kita,menghilangkan jawatan kita sebagai dai'e dan menggantikannya dengan manusia yang lebih baik.
Mahukah begitu?Bukan bermaksud menyuruh kalian bermegah dengan status yang ada.Akan tetapi,kita bersama memikul beban dakwah ini sebagaimana Baginda dengan sahabat-sahabatnya dan seangkatan dengannya.

Kata-kata Saidatina Khadijah buat suami tercinta

"Wahai suanmiku,ambillah segala-galanya milikku untuk agamamu.Dan setelah aku mati ambillah tulang-tulangku sekiranya ia masih diperlukan untuk dakwahmu."

Saya kira,saya sendiri masih belum mampu untuk menjadi sehebat Saidatina Khadijah yang sanggup bekorban segalanya hatta tulang!Belum lagi termasuk dengan kerja-kerja dakwah yang saya kira masih terlalu sedikit.

Lihat,begitu tinggi rasa cinta Saidatina khadijah kepada Rasulullah.Saya juga mahu begitu!
Apa bukti yang kita semua mengaku mencintai Rasulullah dengan segenap jiwa dan raga jika belum mampu meneruskan perjuangannya?Apa yang hendak kita persembahkan dihadapannya tika bertemu dengannya?Tika mata bertentang mata dengannya?
Malu,kerana tiada apa yang kita bawa untuknya,Rasulullah!
Bagaimana dengan kalian?

"Saya terlalu mencintai Rasulullah,tapi saya rasa belum punya kekuatan untuk memikul beban dakwah Baginda"
"Takpela,orang lain ramai lagi yang boleh buat,saya tak nak la"
"Selemah-lemah iman hati kan?saya tegur dengan hati je la"

Mantap!
Ini yang nak dipersembahkan dihadapan Allah dan Rasulullah?
Allah takkan tanya berapa ramai orang yang kamu bawa,tapi Allah akan tanya adakah kamu berusaha untuk agama kamu?
Teroka dalam-dalam hati kalian,apakah masih ada rasa cinta terhadap Rasul?
Teroka dalam-dalam apakah masih ada iman walaupun ianya bersisa?

Masa mencemburui

"Maaf,saya tiada masa untuk semua ni buat sementara waktu.Lagipun saya bukanlah sastera sangat.Nak pulak sebarkan dakwah alam maya,ingat senang?"
"Takde idea la nak tulis"

Kadangkala saya juga begitu,masa terlalu mencemburui kehidupan kita.Akan tetapi,masa itu berputar tepat pada paksinya.Masa akan tetap berlalu dan takkan reverse.Disebabkan oleh masa juga,ia mengajar saya bagaimana untuk membahagi masa.Dan saya dalam proses itu.

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali  orang-orang yang beriman dan saling mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran"(Sural al-Asr)

Saya belum pasti dengan tangan kanan ke akan saya terima segala amalan?
Saya belum pasti saya dapat menjawab segala pertanyaan di akhirat kelak?
Jadi,adakah saya dan kamu mahu jadi orang yang rugi?

Sudah tentu tidak!
Jom kita berusaha untuk menjadi orang yang menghargai masa.

Dakwah ini ibarat hati kita

Pernah dengar kisah Rasulullah ketika di bumi Thoif?
Rasulullah menyampaikan dakwah mengajak kaumnya untuk taat pada perintah Allah.Tapi apa yang Rasulullah dapat?Kepala dan kaki Baginda berdarah,berdarah,dan berdarah..Zaid bin Haritsah yang membela dan melindunginya,lalu Baginda bersembunyi di kebun 'Utbah bin Rabi'ah.Apa yang Baginda buat?Doa Baginda tiada hijab.
Hancurkan mereka!Menyusahkan hidup semua!
Jawapan kita tu.
Tapi Baginda tidak,Baginda berdoa.

“Ya, Allah kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku kurangnya kesanggupanku, dan kerendahan diriku berhadapan dengan manusia. Wahai Dzat Yang Maha Pengasih ladi Maha Penyayang. Engkaulah Pelindung bagi si lemah dan Engkau jualah pelindungku! Kepada siapa diriku hendak Engkau serahkan? Kepada orang jauh yang berwajah suram terhadapku, ataukah kepada musuh yang akan menguasai diriku?
Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka semua itu tak kuhiraukan, karena sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku. Aku berlindung pada sinar cahaya wajah-Mu, yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akherat dari murka-Mu yang hendak Engkau turunkan dan mempersalahkan diriku. Engkau berkenan. Sungguh tiada daya dan kekuatan apa pun selain atas perkenan-Mu.” 

Setiap kali kita cuba untuk mengajak manusia ke jalan kebenaran,kita sering dicemuh,dimaki.Hati terguris.Berundur.Kita tak tahan ujian.Ujian Rasulullah lebih teruk dari yang kita alami.
Saya juga mengalami.Mungkin ada hijab dihati saya yang menyebabkan apa yang saya sampaikan tidak dapat diterima.
Mungkin disebabkan akhlak saya yang merosakkan imej Islam itu sendiri.
Mungkin kata-kata saya terlalu kasar.
Sebab itu bila kita berubah,perubahan itu tidak nampak.
Mengharapkan doa kalian mengiringi saya,insya Allah.

"Saya tak tahu nak sampaikan dakwah itu bagaimana"
"Saya baru dalam proses nak memahami"

Sebenarnya,semua itu kita boleh pelajari sambil praktikkan.Semua ketidakpandaian itu kita boleh ubah!Allah takkan ubah nasib hambanya melainkan diri sendiri.Kalau kita sendiri yang terus-terusan mencipta alasan,bagaimana Islam itu akan berkembang 2/3 dunia?

Cuma,orang yang sanggup menempuh cabaran ini dia adalah diantara yang bekorban hatinya.Tidak ada orang yang menyampaikan kebenaran dalam keadaan madu sentiasa.Congrate buat kalian yang berusaha.Jangan lupa untuk berdoa.Kerana doa itu adalah senjata bagi kita,ummat Islam.

Penutup

Keimanan itu adalah asas yang perlu kita ambil kira dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.Letakkan keimanan di dalam hati dengan sebenar-benar iman.
Yang lain mungkin boleh jadi nombor satu,tapi bukan dakwah dan tarbiyyah.

Khas buat kamu yang membaca,aktifkan diri dalam bidang dakwah sebagaimana kamu aktifkan diri dalam sebarang pekerjaan dunia..
Moga Allah redha akan kalian..
Moga Allah sentiasa dihati..

No comments:

Post a Comment