Friday, May 20, 2011

RuKuN IsLaM...love

Assalamualaikum,

Kita sebagai khalifah di atas muka bumi bukan sahaja perlu melaksanakan malah menegakkan rukun islam……….


Tahukah anda apa itu rukun islam???????


Tidak?? Mengapa tidak,?kenapa? Bukankah selama ini anda mengaku anda adalah islam sejati? Kenalkah anda dengan diri anda sendiri,,bagaimana anda boleh menggaku diri anda ini islam sedangkan diri anda tak tahu pun apa itu rukun islam,,,( L ) sedih saya dengar…..

         
“ala kitorang islam ape,,,solat jugak, pakai jugak tudung…”…..mmmm


Hakikatnya:
`solat selalu sengaja dilengah-lengahkan, solat terkejar-kejar,ntah pa la yang dikejarkan,,,adakah urusan dunia itu lebih penting   dari urusan akhirat??


Tudung?? Mmmm , memang pakai tetapi sayang tidak memenuhi syariat yang dituntut…..agaknya sudah menjadi trend zaman millennium ni la katakana,,bagus memang bagus,mane pergi mesti ade jual tudung,,tapi tudung apakah itu,,andai ianya jarang dan menampakkan apa yang patut disembunyikan,,berbelit dah rupe kene belit ular sawa dah,,haha mungkin itu yang dikatakan lawa,lawa kew??tanyalah iman anda yang masih bersisa,tudung dipakai hanya kerana nafsu semata-mata,berfesyen semata-mata…langsung tidak kerana ALLAH s.w.t…..


Puasa? Bila masuk ja bulan ramadahan al-mubarak……..kelihatan pihak-pihak berwajib,mula sibuk semakin sibuk dari bulan-bulan biasa,,kenapa erkk??? Laa tak tahu ke, macam biasa masa bulan puasa ni la ramai orang islam ditangkap sebab tidak berpuasa,,


Zakat??? Ada yang terlebih baik, sampai beringgit-ringgit derma tapi niatnya, supaya orang memuji-muji mereka,,mana pergi niat bersedekah dan mengeluarkan zakat kerana ALLAH s.w.t???? masa nak bersedekah tu sibuk ja kecoh habis, konon dapat masuk televisyen…mungkin kowt,,sedih sangat,,

                             ~ini reality dan bukan fantasi~


Let’s me tell you all  ~^_^~
^^Rukun islam ini merupakan pusat perlatihan @ madrasah bagi orang mukmin

^^Terdapat 5 rukun islam;
1)     mengucap dua kalimah syahadah
2)     solat lima waktu
3)     berpuasa di bulan ramadhan
4)     mengeluarkan zakat ke jalan ALLAH
5)     mengerjakan hai bagi yang berkemampuan

^^kelima-lima rukun islam ini membentuk diri dan peribadi seorang muslim







mengucapkan dua kalimah syahadah
~adalah satu perjanjian seorang muslim dengan ALLAH s.w.t
~menandakan persediaan mengharungi cabaran hidup dan melaksanakan segala tuntutan sebagai seorang mukmin


Solat fardhu 5 waktu
~adalah satu latihan pada seorang muslim untuk melahirkan dalam hati dan pemikiran mereka bahawa setiap sendi dalam kehidupan kita adalah untuk beribadat dan sebagai persediaan menghadap ALLAH s.w.t


Berpuasa di bulan ramadhan
~adalah latihan untuk membiasakan diri manusia dengan aturan kehidupan sebagai seorang mukmin
~melatih agar tidak mencuri walaupun berasa lapar
~agar merasa kesulitan dan kepayahan yang dialami oleh orang susah
~melatih diri agar berakhlak mulia, dan mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH s.w.t


Mengeluarkan zakat
~bertujuan untuk memberitahu bahawa harta dan rezeki itu milik ALLAH s.w.t
~”cirri-ciri orang yang bertaqwa adalah orang yang menginfakkan harta mereka ke jalan ALLAH s.w.t


Menunaikan haji
~agar setiap mukmin bersatu dalam melakukan ibadat kepada ALLAH s.w.t



Beramallah dengan rukun islam dan ikhlaskan lah niat mu, nescaya  ALLAH s.w.t akan memberi rahmat dan keberkatanNYA ke atas kamu…



wallahua’lam


1 comment:

  1. saya juga cuba untuk fahami rukun Islam..
    Syukran ye atas perkongsian..

    ReplyDelete