Saturday, May 28, 2011

Mampukah aku berjaya?

Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang.


Agak lama saya membiarkan sesawang ini tanpa pengisian.
Barangkali sibuk?
Tapi itu bukan alasan saya untuk tidak menulis.
Maaf,
Maaf,
Maaf.
Keputusan exam akan keluar tidak berapa lama lagi,bagaimana reaksi kita?
Jom teroka bersama saya!


Saya sudah berusaha

Ramai orang fobia dengan kegagalan yang pernah dilalui sepanjang perjalanan kehidupannya.Namun kegagalan itu bukanlah punca untuk tidak terus maju perbaiki diri.


Malah,kita patut memandang kegagalan itu luar dari kotak fikiran yang sedia ada.


"Allah Maha Berkuasa untuk menetapkan apa sahaja."


"Dan setiap yang berlaku ada hikmahnya."


Dengan dua kalimah ini telah cukup untuk membuatkan saya percaya keimanan terhadapNya malah tetap utuh di hati ini.Jarang sekali manusia punya rasa bersyukur apabila memiliki sesuatu yang diidamkan,yang dikecapi,yang dibanggakan.


Saya?Mungkin salah satu darinya.
Mohon perlindungan dari Allah untuk punya rasa sebegitu.
Kerana apa?
Kerana saya takut penyakit hati akan menghinggapi dalam diri saya.Saya juga manusia biasa yang punya kelemahan.
Dan kelemahan saya itu mungkin dapat di lengkapi dengan keimanan yang Allah hadiahkan.
Bukan untuk saya seorang bahkan khas buat kamu,yang membaca.


Keputusan imtihan mungkin akan di umumkan untuk beberapa hari lagi.Perasaan berdebar itu semestinya ada dalam hati saya juga dalam diri sahabat-sahabat saya.


Lulus?


Cemerlang?


Gagal?


Saya tak tahu dimana taraf kedudukan yang akan menjadi tempat buat saya.Mungkin rasa ini juga sedang bermain di sanubari kamu.
Kadangkala kita lupa.Kita rasa kita telah faham.Kita rasa kita telah melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tugasan.

Terutamanya jawapan periksa.Kita rasa kita telah beri jawapan yang terbaik.Mungkin dalam terbaiknya jawapan yang kita beri mengandungi kesilapan?Kita rasa kita telah melakukan yang terbaik dalam pekerjaan sehari-hari kita.Tapi dalam sehari-hari itu masih punya kesilapan.

"Argh,stress!"

Mungkin ini adalah ungkapan yang biasa kita dengar buat halwa telinga.Mungkin saya juga pernah mengungkapnya dalam kehidupan seharian.Pada masa ini dan juga waktu yang lain,kita harus wujudkan perasaan berbaik sangka dengan Allah.Tak mungkin Allah akan berlaku kejam dengan kita.Inilah rasa keimanan yang hadir dalam diri kita.

Percaya?
Tidak percaya?

"Aku dah usaha lebih,tapi results aku hancur!cukup makan je"
"Sedih la,tak cukup ke usaha saya?"
"Saya dah berusaha,tapi results saya tetap macam ni"

Kalau kita gagal,sebenarnya Allah nak beritahu,Dia suruh kita study lebih pada subjek yang gagal tu.
Allah nak sediakan hamparan yang terbaik.

"Kalau repeat paper,results sama je,pemeriksa bagi markah cukup-cukup makan jugak"

Markah cukup-cukup makan,tapi ilmu tak cukup-cukup makan.Ilmu bertambah.Itulah yang Allah nak hadiakan.
Dan ketahuilah,dengan kesilapan yang kita lakukan itu,kita akan muhasabah semula diri kita.Kita mungkin dapat sesuatu yang baru,pelajaran dan pengajaran yang baru.


Di mana Allah mengizinkan kita dengan kesilapan yang kita lakukan.Dengan itu kita akan menilai kesilapan itu.
Jika Allah tidak izinkan kesilapan itu,mungkin kita tidak tahu.Di sebabkan oleh kasih sayang dan rahmatNya yang luas,Dia telah memberi nafas yang baru.Sebab itu disilapkan kita.



Usaha,doa,tawakkal





"Hurm,usaha sudah,doa sudah,paper pun dah habis tinggal apa lagi yang saya tak buat?Ha,tawakkal!"

Doa pengharapan

"Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah,berikanlah aku keputusan yang Engkau rasakan
terbaik untukku..
Dan damaikanlah hatiku  untuk redha dengan segala ketentuanMu.."



Saya amat,amat,amat mengharapkan doa dari kalian.
Kejayaan saya,kejayaan ummah.
Kenapa?
Kerana kita semua adalah remaja harapan buat keluarga,remaja harapan buat Islam.
Masakan saya mesti gagalkan diri?
Maju saya untuk Islam.Maju anda juga adalah untuk Islam.
Berusaha sampai mati!
Sampai mati!
Itu yang Islam ajar.

Allah befirman:
"...Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah.Sesungguhnya hanya kaum kafir sahaja yang berputus dari rahmat Allah"
(Yusuf 12:87)

So,bagaimana sahabat-sahabat sekalian.
Jom muhasabah,selami diri,
Di tahap manakah kita berada?



Doa saya mengiringi




"Aku banyak main la exam kali ni,aku  tak tahu la camane results aku nanti"
"Aku tak nampak pun kau main-main?Study jugak,jangan risau la.Pemeriksa tu pengantara je,yang bagi kejayaan Allah."
"Doa banyak-banyak supaya Allah lembutkan hati pemeriksa tu,insya Allah.Kita tolong agama Allah,Allah tolong kita semula.Yakin!Janji Allah tu tak pernah tipu"

Buat semua sahabat-sahabat yang bakal bertembung dengan satu lagi ujian,iaitu keputusan exam saya doakan anda berjaya,cemerlang.
Doa saya mengiringi kalian.




Moga Allah redha..
Moga Allah bersama dalam hati anda tika membaca nukilan ini..

2 comments:

  1. relax la..bukan tak usaha kan?you have done your effort,let's us tawakkal..
    RESULTS,trauma..hehe

    ReplyDelete